Saya telah menggunakan aplikasi padlet (http://www.padlet.com) semenjak tahun 2017. Tidak perlu lagi tugasan menggunakan kertas. Sangat sesuai untuk mendapat input segera daripada pelajar secara terus. Pelajar boleh menggunakan notebook, tablet, ipad atau mobile phone yang ada talian broadband atau wifi. Aplikasi ini juga boleh di install ke telefon android atau iphone, selain daripada menggunakan browser seperti Chrome. Apa yg ditaip pelajar akan terus keluar diskrin. Input pelajar boleh dibincangkan segera. Pelajar lain boleh melihat dan membaca apa yang rakan mereka tulis. Boleh simpan, cetak pdf atau share. Ianya bukan saja untuk…
Read MoreCategory: PdP
TERAP KEMAHIRAN BERFIKIR MELALUI PENYOALAN
TERAP KEMAHIRAN BERFIKIR MELALUI PENYOALAN Peranan guru dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran amat penting bagi merangsang pelajar supaya mereka turut serta dalam proses pembelajaran. Salah satu cara guru boleh menerapkan kemahiran berfikir semasa mengajar ialah melalui penyoalan. Penyoalan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang boleh merangsang pemikiran pelajar. Melalui penyoalan ini, guru boleh mengesan kefahaman pelajar, menilai keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas dan meningkatkan pemikiran pelajar pada aras kognitif yang lebih tinggi.Bagaimanapun, penyoalan guru perlulah dirancang dengan teliti sebelum proses pengajaran berlaku. Penyoalan guru…
Read MoreCABARAN GURU DALAM MENGHADAPI REVOLUSI INDUSTRI KE-4
CABARAN GURU DALAM MENGHADAPI REVOLUSI INDUSTRI KE-4 Seorang guru mempunyai amanah dan tanggung jawab yang berat bagi mendidik pelajarnya. Peranan guru perlu selari dengan perkembangan persekitaran pendidikan masa kini. Ini menuntut komitmen guru yang sanggup menghadapi sebarang perubahan dalam abad ke-21 ini. Tiada guru yang mahukan anak didiknya menjadi insan yang tidak berguna. Amanah yang diberikan kepada guru dalam mendidik pelajar perlu digalas dengan sebaik mungkin. Guru perlu teruskan tugas dan tanggung jawab sedia ada dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi. Peranan guru kini semakin mencabar, mulai sekarang guru…
Read MoreTHE ROLE OF TEACHER BELIEFS IN TEACHING MATHEMATICS
THE ROLE OF TEACHER BELIEFS IN TEACHING MATHEMATICS The notion that mathematics teachers’ beliefs toward mathematics teaching and learning influence their teaching practice has been suggested by many researchers. Studies have shown that teachers’ beliefs about mathematics teaching and learning are mostly formed during their own schooling and are developed as a result of their own experiences as mathematics students. Their conceptions about mathematics and how it should be taught are deeply rooted and are difficult to change. In order to understand how a teacher’s belief system can significantly influence…
Read MoreKonsep STEM
Kefahaman Terhadap Konsep STEM Keprihatinan terhadap pendidikan STEM sentiasa berkembang kerana keperluan kepada kemahiran STEM untuk memenuhi cabaran ekonomi semakin mendesak. Untuk terus melonjakkan daya saing negara terutamanya di peringkat global, pendidikan STEM perlu terus di terokai. Negara masih memerlukan kepakaran dan kemahiran yang berteraskan bidang STEM. Minat terhadap Sains dan Matematik dalam kalangan murid sekolah boleh dicetuskan kembali melalui pendidikan STEM. Oleh itu, banyak pihak kini berminat dengan pendidikan STEM. STEM adalah akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik. Bagaimanapun, terdapat pelbagai interpretasi oleh pendidik dan orang awam tentang…
Read MoreGURU MATEMATIK EFEKTIF MURID AKTIF
GURU MATEMATIK EFEKTIF MURID AKTIF Peranan seorang guru sangat penting di dalam kelas bagi menarik minat murid untuk belajar. Guru bukan sahaja mengajar dan menerangkan sesuatu konsep kepada muridnya malah juga berperanan sebagai insan pendidik yang sentiasa memberi galakan dan motivasi untuk mereka terus belajar. Sebagai seorang guru matematik, pengajaran matematik perlu menekankan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran dalam bidang seperti nombor, bentuk dan ruang, dan perkaitan serta penggunaan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi. Selain itu, seorang guru juga harus mempunyai kemahiran menggunakan strategi kognitif peringkat tinggi dalam…
Read MoreKEPERLUAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
KEPERLUAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU Program perkembangan profesional guru dalam perkhidmatan bagi meningkatkan pengetahuan kandungan dan kemahiran pedagogikal guru sememangnya diperlukan. Bagaimanapun terdapat kajian mengatakan guru tidak pernah atau jarang mengikutinya. Perkembangan profesional guru mesti mendukung pelbagai peluang yang membenarkan guru berkongsi apa yang mereka tahu dan apa yang mereka ingin belajar. Pentadbiran di sekolah dan daerah perlu tahu dahulu keperluan guru sebelum menyediakan sumber bagi perkembangan guru. Perkembangan professional guru mestilah dihalakan kepada keperluan dan keprihatinan guru bagi setiap tahap kepakaran yang berbeza. Pada masa kini, guru sentiasa didedahkan dengan…
Read MoreMINAT TERHADAP MATEMATIK BERMULA DI RUMAH
MINAT TERHADAP MATEMATIK BERMULA DI RUMAH Minat murid terhadap matematik harus dipupuk semenjak daripada kecil lagi. Terdapat ibu bapa mempunyai persepsi bahawa matematik itu adalah sukar. Oleh kerana mereka sendiri mempunyai pengalaman yang sukar di sekolah maka mereka turut beranggapan bahawa matematik adalah sukar untuk anak mereka. Maka disebabkan itu mereka tidak tahu bagaimana membantu anak mereka dalam matematik. Dalam kehidupan seharian anak-anak kita memang telah terdedah kepada matematik dalam kehidupan mereka. Oleh kerana matematik semakin bertambah penting dalam dunia teknologi ini, maka pembelajaran matematik bermula di rumah juga menjadi…
Read MorePERANAN GURU DALAM ABAD KE-21. ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA?
PERANAN GURU DALAM ABAD KE-21. ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA? Dalam kita melangkah ke masa hadapan, ternampak jelas keperluan kelas di abad ke-21 amat berbeza dengan keperluan kelas abad ke -20. Dalam kelas abad ke-21 guru adalah pemudah cara kepada pembelajaran pelajar dan pencipta persekitaran kelas yang produktif di mana pelajar membentuk kemahiran untuk masa depan mereka. Kelas abad ke-21 harus boleh membentuk kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran komunikasi yang efektif dan pengetahuan tentang teknologi. Strategi pengajaran abad ke-20 mungkin sudah tidak lagi sesuai dan efektif. Aspek pedagogi dan kurikulum sekarang…
Read MoreBUDAYA PENYELIDIKAN GURU DI SEKOLAH. ISU DAN CABARAN GURU UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN
BUDAYA PENYELIDIKAN GURU DI SEKOLAH. ISU DAN CABARAN GURU UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN Penyelidikan adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru agar kualiti pendidikan dapat dicapai bagi memenuhi hasrat dan kehendak negara. Penyelidikan merupakan suatu usaha yang sistematik untuk mendapatkan jawapan kepada suatu masalah. Biasanya, penyelidikan dilakukan apabila ada masalah, isu dan keperluan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Konsep guru sebagai penyelidik turut dibahaskan dalam literatur pendidikan guru, terutamanya berkaitan dengan reformasi pendidikan dan peningkatan profesionalisme guru. Secara umumnya, penyelidikan dilakukan dengan bertujuan untuk menyelesaikan suatu masalah. Kepentingan PenyelidikanTrend globalisasi…
Read More