Sekembalinya saya dan isteri ke Tanah Air dari USA setelah tamat Ijazah Sarjana kami ditempatkan di MRSM Taiping sebagai guru matematik pada bulan Mac 1987. Semasa itu kami mempunyai seorang anak dan kami menyewa sebuah rumah di Taman Lakeview. Bagi memudahkan kami berulang alik ke MRSM Taiping saya membeli sebuah kereta Toyota Mark II Second Hand. Anak kami hantar ke rumah pengasuh setiap hari. Di Taiping kami pernah tinggal di Taman Sri Hijau, Taman Suria dan Taman Sentosa. Kami ditempatkan di Jabatan Matematik, MRSM Taiping. Pengetua pada masa itu adalah…
Read MoreCategory: Memoir
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Clifford
Pada tahun 1966 saya memasuki Darjah 1 Sekolah Rendah Clifford. Bagaimanapun pada tahun berikutnya tahun 1967-1968 ayah saya dipindahkan ke Kuala Tembeling. Oleh kerana hanya di Jerantut mempunyai sekolah aliran inggeris, jadinya saya bersekolah di Sekolah Rendah Jerantut. Saya tinggal di rumah Aki dan Wan saya di Kg Baharu, Jerantut. Tahun 1969 ayahanda saya kembali ke Padang Tengku menjadi Guru Besar di SMRK Padang Tengku. Kami sekeluarga tinggal di rumah guru dalam kawasan sekolah menengah. Setiap hari saya dan adik saya menaiki van yang disewa, ke sekolah rendah Clifford dengan…
Read MoreTinggal rumah Aki dan Wan
Pada tahun 1967-1968 keluarga saya berpindah ke Kuala Tembeling, dimana ayah saya sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Kuala Tembeling dan ibu saya mengajar di Sekolah Rendah Kuala Tembeling. Oleh kerana sebelum itu Darjah 1 saya bersekolah di Sekolah Aliran Inggeris di Sekolah Rendah Clifford, Kuala Lipis maka ayah saya memasukkan saya dan adik saya Yusnani ke Sekolah Rendah Jerantut. Masa itu jalanraya dari Jerantut ke Tembeling krang elok dan kadangkala lalu jalan tanah merah dan selain daripada susah untuk mendapat kenderaan ke Jerantut. Ayah saya menumpangkan saya dan adik saya…
Read MoreMendaki Gua Bama
Selepas tamat peperiksaan MCE di Sekolah Sains Pahang saya memang selalu terlibat dengan aktiviti fixikal untuk memenuhi waktu lapang. Antara aktivitinya sdalah bermain bolasepak, mengayuh basikal , betmain badminton dan memanjat Gua Bama. Gua Bama terletak di kampung Relong dan memang nampak jelas dari jalanraya Kuala Lipis ke Padang Tengku. Ramai yang menjangkakan adalah mustahil memanjat Gua Bama jika berdasarkan pandangan mata kasar. Untuk sampai ke puncak gua perlu mendaki bukit yang curang, melalui celah-celah batu dan kadangkala herpegang kepada akar pokok untuk bergerak ke hadapan. Pengalaman ini memang tidak…
Read MoreDari Terre Haute ke Chicago (1984)
Masa bujang di USA, beli kereta ini Toyota Celica harga 800USD, pernah drive dari Terre Haute, Indiana ke Chicago, Illinois, jarak 290 km pada musim salji. Balik semula ke Terre Haute 2 piston jam (kong). Kami biasanya pergi ke Chicago mengambil bekalan ayam halal.
Read MoreKuala Tembeling dalam kenangan
Pada tahun 1967-1968 ayahanda saya dipindahkan ke SMK Kuala Tembeling, Jerantut dari SK Padang Tengku, Kuala Lipis. Kami sekeluarga tinggal di rumah guru Sek Men Keb Kuala Tembeling yang terletak di atas bukit. Bagaimanapun, saya dan adik kedua saya dihantar ke Kg Bahru, Jerantut tinggal bersama Aki (Wan Kadir Wan Ishak) dan Wan saya (Siti Hawa) kerana kami bersekolah rendah aliran inggeris di Sekolah Rendah Jerantut. Setiap cuti sekolah dan kadang-kadang cuti hujung minggu baru kami balik ke rumah keluarga di Kuala Tembeling. Biasanya ayahanda akan ambil kami bila balik…
Read MoreKaki Bola
Sewaktu saya tinggal di rumah guru dalam kawasan Sekolah Menengah Padang Tengku, Kuala Lipis (1969-1974) saya memang suka bermain bolasepak di waktu petang. Boleh dikatakan setiap petang saya akan turun ke padang bola. Masa itu saya belajar di Sekolah Rendah Clifford dan Tingkatan 1 hingga 3 di SM Clifford, Kuala Lipis. Semasa di Darjah 6 (1971) dan di Ting 3 (1974), saya mewakili pasukan bola Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Clifford. Tempat saya selalu bermain bola ialah di padang bola belakang asrama puteri SM Padang Tengku dan di padang stesen keretapi. Selalu juga kami geng-geng…
Read MoreKerjaya sebagai Pensyarah Universiti
Pada tahun 1986 saya balik dari luar negara iaitu USA selepas menamatkan pengajian diperingkat Sarjana Pendidikan Matematik. Oleh kerana saya dibawah Biasiswa Tindikan Pengajar MARA saya dikehendaki berkhidmat dengan MRSM selama 8 tahun seperti ikatan kontrak biasiswa. Bermula Mac 1987 saya berkhidmat di MRSM Taiping bersama isteri saya. Cita-cita saya sudah memang dari awal untuk berkhidmat dengan Universiti. Oleh kerana tidak mampu membayar balik kerana melanggar kontrak, saya lupakan dulu cita-cita saya itu. Selepas sampai tahun ke 8 di MRSM, saya mula mencari peluang untuk mula kembali menghidupkan cita-cita saya. Saya memohon…
Read MoreDibesarkan dalam persekitaran sekolah
Saya dilahirkan pada 8 Mei 1959 di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Saya difahamkan nama saya Effandi itu adalah hasil pengaruh pembacaan buku-buku dari Indonesia oleh ayahanda saya pada ketika itu. Padang Tengku adalah dalam Daerah Kuala Lipis, Pahang dan terletak dalam jarak 20 km dari Bandar Kuala Lipis. Untuk sampai ke Bandar Lipis boleh menaiki keretapi ataupun melalui jalan darat. Boleh juga melalui sungai tetapi jarang digunakan. Sejak dari kecil lagi saya dibesarkan dalam persekitaran/kawasan sekolah, iaitu tinggal dalam rumah guru. Kedua-dua ayahanda dan ibunda saya adalah guru. Semasa…
Read MorePertama kali di “CPR”
Saya ada temujanji dengan IJN untuk dibuat CT scan pada 11 Nov 2019. Saya sampai dalam 10.00 pagi dan terus ke kaunter pendaftaran. Saya menunggu agak lama untuk prosedur CT scan. Dalam pukul 2 ptg baru dibenarkan masuk. Seperti biasa saya dikehendaki berbaring, kemudiannya dicucuk cecair ke dalam badan. Selepas prosedur CT scan, saya bangun dan berjalan kearah pintu. Tengah berjalan hendak keluar bilik tiba-tiba saya jatuh pengsan. Itulah pertama kali “di CPR” menyakitkan dada masih terasa dua tiga hari selepas itu. Jarang berlaku tapi itu yg terjadi. Kod blue…
Read MoreSebagai pelajar Sarjana Muda Matematik & Sarjana Pendidikan Matematik di USA (1983-1986)
Selepas tamat pengajian Ijazah Sarjanamuda dalam bidang matematik pada tahun 1984 (tamat Ijazah Sarjana Muda dalam tempuh dua tahun sahaja kerana dapat transfer credit daripada ITM) di Indiana State University saya balik ke Malaysia untuk berkahwin. Isteri saya pada masa itu bertugas sebagai tenaga pengajar di Kolej MARA Seremban. Beliau balik dulu ke Malaysia selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Matematik . Isteri saya pergi ke USA lebih dahulu daripada saya, iaitu beliau pergi selepas tamat pengajian Tingkatan 5 (MCE 1978), di Temenggong Ibrahim Girl School (TIGS), Batu Pahat. Menamatkan Ijazah…
Read MorePERTAMA KALI MENJEJAK KAKI DI USA
Pada satu hari di bulan Disember 1982 kami dikehendaki berada di Subang Airport lebih awal kerana pegawai MARA perlu menyerahkan passport kepada kami. Kesemuanya, kami pada masa itu berjumlah seramai 36 orang menaiki pesawat MAS yang sama dan menuju ke tempat yang sama. Kebanyakan daripada kami masih belum mengenali antara satu lain, walaupun kami pernah bertemu pada sesi taklimat yang diadakan oleh pihak MARA. Rakan pertama yang saya kenal pada masa itu adalah saudara Sabri Ahmad lepasan diploma UTM (Beliau sudah bersara sekarang selepas menjadi pensyarah Professor Madya di Universiti…
Read MoreCita-cita untuk belajar di USA
Setelah tamat pengajian di ITM, Shah Alam pada tahun 1982, saya diterima masuk ke tahun pertama kursus Sarjanamuda Matematik di USM. Peluang ini saya tidak lepaskan dan saya mendaftar masuk ke USM pada bulan Julai 1982. Sebenarnya selepas tamat pengajian di ITM saya memang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di USA. Semasa ditahun akhir lagi di ITM saya sudah mula mengisi borang permohonan ke beberapa buah universiti di USA. Saya menulis surat ke beberapa buah Universiti di USA memohon borang kemasukan ke Universiti tersebut dan menghantar borang yang lengkap kembali kepada…
Read More