Kerjaya sebagai guru matematik MRSM Taiping

Share my story!

Guru Matematik MRSM Taiping

Sekembalinya saya dan isteri ke Tanah Air dari USA setelah tamat Ijazah Sarjana kami ditempatkan di MRSM Taiping sebagai guru matematik pada bulan Mac 1987. Semasa itu kami mempunyai seorang anak dan kami menyewa sebuah rumah di Taman Lakeview. Bagi memudahkan kami berulang alik ke MRSM Taiping saya membeli sebuah kereta Toyota Mark II Second Hand. Anak kami hantar ke rumah pengasuh setiap hari. Di Taiping kami pernah tinggal di Taman Sri Hijau, Taman Suria dan Taman Sentosa.

Anak-anak di Taman Tasik Taiping

Kami ditempatkan di Jabatan Matematik, MRSM Taiping. Pengetua pada masa itu adalah Allahyarham Tn Hj Abd. Hamid Zamburi. Oleh kerana kami guru baru, kami dipantau dan dibantu oleh seorang guru senior semasa mengajar di kelas untuk beberapa ketika.

Bilik Guru MRSM Taiping

Isteri saya mengajar matematik moden dan saya mengajar matematik tambahan. Kami diberi empat kelas setiap orang. Setiap kelas mengandungi lebih kurang 25 orang pelajar.

Guru Penasihat Kadet Bomba

Seingat saya sepanjang perkhidmatan di MRSM Taiping selain mengajar saya pernah memegang jawatan Guru Penasihat Kadet Bomba, J/K Guru Disiplin, Guru Homeroom, dan Pengurus Dobi untuk Koperasi Sekolah. Juga jawatan Guru Kanan.

Guru Homeroom

Saya dihantar training selama sebulan sebagai Guru Kadet Bomba di Jabatan Bomba Malaysia, Kuala Kubu Baharu. Semasa tamat latihan saya diistiharkan sebagai Kadet Terbaik Teori dan diberikan hadiah tongkat, satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Pengalaman berharga saya sebagai guru hanya kekal sehingga tahun 1995 kerana pada tahun 1996 saya diterima sebagai Pensyarah UKM selepas memohon beberapa universiti tempatan sebagai pensyarah.

Share my story!

Related posts