Tinggal rumah Aki dan Wan

Share my story!

Aki (tiga dari kanan),Wan (5 dari kanan), Ibu (4 dari kanan)

Pada tahun 1967-1968 keluarga saya berpindah ke Kuala Tembeling, dimana ayah saya sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Kuala Tembeling dan ibu saya mengajar di Sekolah Rendah Kuala Tembeling. Oleh kerana sebelum itu Darjah 1 saya bersekolah di Sekolah Aliran Inggeris di Sekolah Rendah Clifford, Kuala Lipis maka ayah saya memasukkan saya dan adik saya Yusnani ke Sekolah Rendah Jerantut.

saya dan Yus

Masa itu jalanraya dari Jerantut ke Tembeling krang elok dan kadangkala lalu jalan tanah merah dan selain daripada susah untuk mendapat kenderaan ke Jerantut. Ayah saya menumpangkan saya dan adik saya di rumah Aki dan Wan saya di Kampung Baharu, Jerantut. Kami berulang ke sekolah di Jerantut dengan menaiki bas setiap hari. Semasa itu saya di Darjah 2 dan adik saya Darjah 1. Setiap hari rutin kami adalah naik bas awam ke Jerantut dan balik sekolah juga dengan bas. Ingat lagi pagi-pagi masih gelap kami mandi di air perigi yang terletak tidak jauh dari rumah. Rumah Aki dan Wan kami ini agak kedalam sedikit dari jalanraya utama Benta-Jerantut dan berada diatas bukit, didepannyasebidang sawah dan aliran parit air kecil. Bila cuti sekolah dan hujung minggu keluarga kami datang ke Kg Baharu dan adakalanya balik ke Kuala Tembeling. Keluarga kami tinggal dirumah guru di Tembeling.

Rumah kami di Kuala Tembeling (Rumah guru)
Rumah kami

Share my story!

Related posts