Nampaknya masalah Covid-19 ini masih belum reda. Baru-baru ini MCO dikuatkuasakan dibeberapa negeri termasuk Selangor selain daripada Pengistiharan Darurat sehingga 1 Ogos. Semoga kita semua dijauhi daripada dijangkiti Covid-19. Musim Covid ini memang banyak masa dihabiskan dirumah sekali sekala ke grocery berdekatan rumah. Sebagai pesara ,saya perlu mencari aktiviti yang boleh memenuhi masa lapang. Sebelum ini saya selalu mengambil gambar diluar kerana berminat dengan fotografi tetapi kini hanya membuat aktiviti dalam rumah sahaja. Terkini (semenjak Ogos 2020) saya belajar melukis melalui saluran YouTube dan telah menghasilkan beberapa karya lukisan. Boleh lihat disini hasil lukisan saya. (@inpiredbyart61)
Selain itu, saya berupaya setakat ini mengkhatam alquran seperti yang dirancang : (targetnya setiap bulan khatam alquran). Untuk memberi motivasi kepada diri sendiri saya buatkan jadual berikut:
Khatam 1-Januari 2020-16/5/2020
Khatam 2- 17/5/2020- 27/6/2020
Khatam 3 – 30/6/2020-26/7/2020
Khatam 4 – 27/7/2020-28/8/2020
Khatam 5 – 01/09/2020-02/10/2020
Khatam 6 – 03/10/2020- 27/10/2020
Khatam 7 – 29/10/2020-01/12/2020
Khatam 8 – 01/12/2020-30/12/2020
Khatam 9- 31/12/2020- 30/01/2021
Khatam 10-31/01/2021-
Untuk mencapai matlamat ini, perlu baca alquran setiap hari 1juzuk (20 muka surat).
Alhamdulillah semoga usaha ini dapat diteruskan, insyaallah.