Untuk memulakan hobi yang baru seperti melukis bukanlah sesuatu yang susah. Anda hanya memerlukan pewarna, berus dan kertas. Janganlah berangan hendak menghasilkan masterpiece kerana anda akan merana nanti. Lukislah dengan hati yang tenang dan bermain dengan warna. Anggaplah ini adalah satu hobi yang memenuhi masa lapang dan anda seronok dengannya. Jika tidak tahu untuk bermula, bukalah youtube dan lihat contoh-contoh melukis yang dipaparkan. Sebenarnya melukis adalah satu cara terapi untuk mengurangkan stres dan juga terapi minda. Cantik adalah subjektif, anda mungkin mengatakan bahawa anda tidak pandai melukis dan lukisan anda tidak cantik seperti rakan anda atau orang lain. Jangan dibandingkan dengan orang lain kerana anda ada keistimewaan tersendiri. Lukislah apa yang anda suka. Yang penting anda seronok dan gembira dengan hasil kerja anda. “Painting is a journey to be loved, not a collection of masterpieces” David M. Kessler. Lukisan yang dipaparkan dibawah ini adalah hasil yang tidak seberapa daripada saya, setelah melihat video youtube dan instagram yang berkaitan line and wash painting. Selamat Melukis.
1 Bangunan Bersejarah: Pejabat Daerah Lipis 4 Masjid Negeri (Lama) 1888M di Kuala Lipis, Pahang