Bagaimana anda menyimpan foto digital anda?

kulitfotobook

Share my story!

Setiap orang mempunyai cara tersendiri menyimpan foto digital masing-masing. Bagi saya, saya menyediakan satu backup hard disk untuk menyimpan semua foto yang ada. Saya memberikan nama fail folder mengikut tahun yang diambil, diikuti dengan apakah peristiwa atau perkara yang berkait dengan gambar itu. Sebagai contoh : 2019_Cameroon Highland, dan 2020_Genting Highland. Jika perlu dalam folder utama ini boleh dipecahkan lagi kepada folder kecil yang lain. Sebagai contoh untuk folder 2019_Cameroon Highland tadi boleh dipecahkan lagi kepada folder kecil Tea Farm, Strawberry Farm, atau Taman Bunga.

Contoh nama folder

Tujuannya adalah apabila kita ingin mencari kembali gambar-gambar yang kita kehendaki dengan mudah kita boleh mendapatkannya dan ini akan memudahkan kerja kita. Selain itu, foto-foto boleh juga diabadikan dalam bentuk album photobook. Saya juga banyak mengabadikan foto-foto yang terpilih dalam bentuk album photobook. Saya selalu menggunakan khidmat www.photobook.com.my bagi menghasilkan photobook. Biasanya proses dari mula kita hantar foto dalam bentuk digital hingga ke penghasilan photobook tidak lebih daripada tiga minggu.

Share my story!

Related posts