Perihal Jintan

Share my story!

Musim PKP ini selalulah juga ke pergi pasar untuk beli barang basah dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau setakat beli ayam, daging telor,ikan dan beberapa jenis sayur memang tiada masalah. Tetapi kadangkala orang rumah minta beli benda yang jarang saya beli memang masalah sedikit. Baru-ini dia pesan belikan jintan,saya beritahu orang rumah saya tak kenal jintan, kalau dirumah bolehlah sempat saya google sekurang-kurangnya tengok rupanya. Saya ambil satu paket dan tunjukkan kat kaunter ini jintan ke…dia kata bukan, itu lada hitam…mujurlah pada masa itu tiada orang di kaunter. Pekedai itu pergi ambil jintan dan tunjukkan pada saya…”Encik hendak jintan manis ke jintan putih”…Saya kata “saya ambil kedua-duanya sekali….”

Share my story!

Related posts