Mengapa perlunya dry cabinet/box (Kabinet kotak kering).

Share my story!

Jika kita ingin menyimpan peralatan kamera supaya lebih tahan lama, maka perlulah kita melabur sedikit dengan membeli dry cabinet/box. Dry cabinet dapat mengelakkan lensa kamera daripada ditumbuhi kulat (fungus). Kulat akan tumbuh jika kawasan persekitaran adalah lembab. Kebiasaan kita menyimpan kamera dalam beg atau almari atau dalam laci dalam jangka waktu yang lama. Tempat sebegini yang gelap dan lembab akan membantu kulat tumbuh dengan cepat. Seperti yang kita ketahui apabila kulat sudah mula kelihatan pada lensa, amat susah sekali untuk membersihkan atau menghilangkan kulat itu. Mungkin kita perlu hantar kepada pakar untuk membersihkannya dan ini memerlukan kos. Dry cabinet boleh mengawal suhu persekitaran daripada turun naik. Peratus kelembatan RH (Relative Humidity) yang sesuai adalah antara 35 hingga 45% bagi memberikan pengawalan terbaik untuk kamera dan lensa. Jadi, sayangilah peralatan kamera anda daripada diserang kulat.

Share my story!

Related posts