Covid-19 telah melanda Malaysia sejak awal Februari 2020 lagi. Oleh itu kerajaan Malaysia telah mengenakan kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020. Orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah masing-masing kerana takutkan penyakit ini merebak dengan tidak terkawal. Pada peringkat permulaan hanya dibenarkan seorang dalam keluarga untuk membeli barang keperluan rumah. Memang berasa amat takut untuk keluar kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti penyakit ini. Saya sendiri hanya keluar rumah selepas tiga minggu duduk dirumah. Itupun hanya untuk membeli barang grocery untuk kerluan rumah di kedai yang berdekatan. Setiap kali keluar…
Read MoreMonth: June 2020
Dibesarkan dalam persekitaran sekolah
Saya dilahirkan pada 8 Mei 1959 di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Saya difahamkan nama saya Effandi itu adalah hasil pengaruh pembacaan buku-buku dari Indonesia oleh ayahanda saya pada ketika itu. Padang Tengku adalah dalam Daerah Kuala Lipis, Pahang dan terletak dalam jarak 20 km dari Bandar Kuala Lipis. Untuk sampai ke Bandar Lipis boleh menaiki keretapi ataupun melalui jalan darat. Boleh juga melalui sungai tetapi jarang digunakan. Sejak dari kecil lagi saya dibesarkan dalam persekitaran/kawasan sekolah, iaitu tinggal dalam rumah guru. Kedua-dua ayahanda dan ibunda saya adalah guru. Semasa…
Read MoreMembina Laman Web dgn Nama Domain Pilihan Sendiri (Bhgn 1)
Ramai yang berminat untuk membina laman web dengan nama domain pilihan sendiri (contoh: www. dreffandi.my, www.effandi.my). Disini saya menerangkan proses membina laman web ini melalui pengalaman saya sendiri. Langkah yang pertama adalah mencari penyedia Web Hosting (seperti Iwhost.com). Harga pakej webhosting ini bermula serendah dari RM 80 untuk setahun. Seterusnya, selepas kita sudah memilih penyedia webhosting bolehlah mencari nama domain pilihan sendiri di enjin pencari nama domain. Kita boleh taipkan apa saja nama domain atau kata kunci yang dikehendaki dan akan diberitahu sama ada nama domain tersebut masih ada ataupun…
Read MoreMengapa perlunya dry cabinet/box (Kabinet kotak kering).
Jika kita ingin menyimpan peralatan kamera supaya lebih tahan lama, maka perlulah kita melabur sedikit dengan membeli dry cabinet/box. Dry cabinet dapat mengelakkan lensa kamera daripada ditumbuhi kulat (fungus). Kulat akan tumbuh jika kawasan persekitaran adalah lembab. Kebiasaan kita menyimpan kamera dalam beg atau almari atau dalam laci dalam jangka waktu yang lama. Tempat sebegini yang gelap dan lembab akan membantu kulat tumbuh dengan cepat. Seperti yang kita ketahui apabila kulat sudah mula kelihatan pada lensa, amat susah sekali untuk membersihkan atau menghilangkan kulat itu. Mungkin kita perlu hantar kepada pakar…
Read More