Pertama kali di “CPR”

Share my story!

Saya ada temujanji dengan IJN untuk dibuat CT scan pada 11 Nov 2019. Saya sampai dalam 10.00 pagi dan terus ke kaunter pendaftaran. Saya menunggu agak lama untuk prosedur CT scan. Dalam pukul 2 ptg baru dibenarkan masuk. Seperti biasa saya dikehendaki berbaring, kemudiannya dicucuk cecair ke dalam badan. Selepas prosedur CT scan, saya bangun dan berjalan kearah pintu. Tengah berjalan hendak keluar bilik tiba-tiba saya jatuh pengsan. Itulah pertama kali “di CPR” menyakitkan dada masih terasa dua tiga hari selepas itu. Jarang berlaku tapi itu yg terjadi. Kod blue diaktifkan dan saya dihantar masuk bilik emergency IJN. Saya hanya tersedar kembali dalam bilik emergency. Mula-mulanya saya terpingga juga dan bertanya orang sekeliling dimanakah saya berada sekarang. Brain scan dilakukan dan alhamdulillah negatif. Semua ok… Alhamdulillah… Warded selama 6 hari di IJN. Ingatan untuk diri sendiri,umur sudah meningkat.

Share my story!

Related posts