Bab jual kereta ini saya sudah banyak pengalaman, drp menjual sendiri kereta sehinggalah trade in kereta. Pernah kena tipupun ada. Disini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya jual kereta Honda CRV saya yg telah saya pakai selama 9 tahun. Sudah habis bayar sejak 2019 lagi. Banyak berjasa kpd saya haha, ulang-alik kerja di UKM. Padahari Ahad 29/1/23, jam 10.30pg buat temujanji dengan Carsome Inspection Point Bangi. Bersedia menunggu seorang staf Carsome, menurutnya dia mengambil masa 40 min utk check kereta, bagaimanapun dalam 30 min semua selesai. Dia memberitahu harga yang…
Read MoreKerjaya sebagai guru matematik MRSM Taiping
Sekembalinya saya dan isteri ke Tanah Air dari USA setelah tamat Ijazah Sarjana kami ditempatkan di MRSM Taiping sebagai guru matematik pada bulan Mac 1987. Semasa itu kami mempunyai seorang anak dan kami menyewa sebuah rumah di Taman Lakeview. Bagi memudahkan kami berulang alik ke MRSM Taiping saya membeli sebuah kereta Toyota Mark II Second Hand. Anak kami hantar ke rumah pengasuh setiap hari. Di Taiping kami pernah tinggal di Taman Sri Hijau, Taman Suria dan Taman Sentosa. Kami ditempatkan di Jabatan Matematik, MRSM Taiping. Pengetua pada masa itu adalah…
Read MoreSekolah Rendah dan Sekolah Menengah Clifford
Pada tahun 1966 saya memasuki Darjah 1 Sekolah Rendah Clifford. Bagaimanapun pada tahun berikutnya tahun 1967-1968 ayah saya dipindahkan ke Kuala Tembeling. Oleh kerana hanya di Jerantut mempunyai sekolah aliran inggeris, jadinya saya bersekolah di Sekolah Rendah Jerantut. Saya tinggal di rumah Aki dan Wan saya di Kg Baharu, Jerantut. Tahun 1969 ayahanda saya kembali ke Padang Tengku menjadi Guru Besar di SMRK Padang Tengku. Kami sekeluarga tinggal di rumah guru dalam kawasan sekolah menengah. Setiap hari saya dan adik saya menaiki van yang disewa, ke sekolah rendah Clifford dengan…
Read MoreTinggal rumah Aki dan Wan
Pada tahun 1967-1968 keluarga saya berpindah ke Kuala Tembeling, dimana ayah saya sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Kuala Tembeling dan ibu saya mengajar di Sekolah Rendah Kuala Tembeling. Oleh kerana sebelum itu Darjah 1 saya bersekolah di Sekolah Aliran Inggeris di Sekolah Rendah Clifford, Kuala Lipis maka ayah saya memasukkan saya dan adik saya Yusnani ke Sekolah Rendah Jerantut. Masa itu jalanraya dari Jerantut ke Tembeling krang elok dan kadangkala lalu jalan tanah merah dan selain daripada susah untuk mendapat kenderaan ke Jerantut. Ayah saya menumpangkan saya dan adik saya…
Read MoreMendaki Gua Bama
Selepas tamat peperiksaan MCE di Sekolah Sains Pahang saya memang selalu terlibat dengan aktiviti fixikal untuk memenuhi waktu lapang. Antara aktivitinya sdalah bermain bolasepak, mengayuh basikal , betmain badminton dan memanjat Gua Bama. Gua Bama terletak di kampung Relong dan memang nampak jelas dari jalanraya Kuala Lipis ke Padang Tengku. Ramai yang menjangkakan adalah mustahil memanjat Gua Bama jika berdasarkan pandangan mata kasar. Untuk sampai ke puncak gua perlu mendaki bukit yang curang, melalui celah-celah batu dan kadangkala herpegang kepada akar pokok untuk bergerak ke hadapan. Pengalaman ini memang tidak…
Read MoreDari Terre Haute ke Chicago (1984)
Masa bujang di USA, beli kereta ini Toyota Celica harga 800USD, pernah drive dari Terre Haute, Indiana ke Chicago, Illinois, jarak 290 km pada musim salji. Balik semula ke Terre Haute 2 piston jam (kong). Kami biasanya pergi ke Chicago mengambil bekalan ayam halal.
Read MoreVideo Youtube Terkini
Akhirnya, dijangkiti Corvid-19
Akhirnya kalah juga dengan Corvid-19. Pada 15 Mac 2022 ada mula tanda simpton batuk, sakit tekak, sedikit hidung berakhir dan rasa nak demam. Pada mulanya biarkan saja kerana batuk-batuk itu selalu juga terjadi tetapi bukan disebabkan Covid. Bagaimanapun, ada sedikit kelainan kerana sakit tekak, saya mengambil keputusan untuk membuat ujian kendiri Covid dengan mengunakan sampel air liur, ternyata positif. Kemudian test sekali lagi dengan menggunakan swab tekak pun keputusan sama, positif. Jadi ternyatalah memang dijangkiti Corvid, bagaimanapun tarikh ujian Corvid pada 17 Mac (Khamis) sakit tekak telah berkurangan, batuk masih…
Read Moremy journey
Ringkasan proses mendapatkan segulung Phd : Pengalaman penulis
Disini saya ingin menjelaskan proses bagaimana seseorang itu mendapatkan ijazah PhD, daripada pengalaman penulis yang pernah menyelia pelajar PhD serta sebagai penilai luar universiti, tempatan dan luar negara. Pertamanya, pemilihan calon PhD harus melalui satu panel pakar bidang yang dilantik oleh Fakulti yang berkaitan dengan permohonan calon. Hanya calon yang layak sahaja dipilih berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana dan proposal awal calon tersebut. Adakalanya perlu di panggil untuk temubual oleh ahli panel. Penyelia Phd akan dilantik untuk calon tersebut. Setelah surat tawaran dikeluarkan maka bermulalah beliau sebagai seorang pelajar PhD. Pelajar…
Read MoreBuku Terbit Sendiri-eBook
Self-Publishing ebook (Ini kalau nak terbit buku sendiri ya..)Saya ingin berkongsi pengalaman sedikit saya dalam self-publishing ini. Untuk menghasilkan ebook ini sebenarnya boleh gunakan https://canva.com sahaja, daripada design kulit hinggalah siap sebuah ebook. Teks kandungan boleh cut & paste drp msword atau pdf atau guna saja teks yg ada dlm canva. Kalau hendak kulit buku itu nampak 3D yg cantik boleh guna https://smartmockups.com, ada link dlm canva atau terus ke websitenya. Kalau baru mula boleh guna canva, ambil yang free sahaja dulu pun dah cukup. Tapi kena register dgn credit…
Read MoreCovid-19 Omicron
Covid 19 masih belum reda dan kini ada versi Omicron pula. Walaupun saya telah lengkap dua dos vaccine covid 19, tetapi saya masih lagi mengelakkan diri berada ditempat awam terutama yang melibatkan majlis perkahwinan dan keramaian. Jika hendak makan apa yang kita ingini boleh saja mengunakan Grab atau Foodpanda, ini juga menjimatkan masa dan tenaga. Jika merasa bosan boleh saja membuat kerja dirumah seperti melukis, melusuri internet, update blog ,facebook, instagram dan juga berjumpa, berkumpul , melawat anak dan cucu.
Read MoreBerehat di Hospital
alhamdulillah, saya sudah hari kelima di hospital serdang. Insyaallah dua tiga hari lagi discharge, jika semua ok. Puncanya saya pengsan khamis malam dalam 7.30 mlm, kemudian anak telefon ambulan terus ke bahagian kecemasan hospital Serdang. Alhamdulillah tiada kaitan dgn Vaksin Covid yg saya ambil sebelum itu.
Read MoreAktiviti Musim Covid (update 2)
Rutin harian lebih kurang sama sahaja. Setakat ini aktiviti mengkhatam alquran berjalan seperti yang dirancang : (targetnya setiap bulan khatam alquran). Untuk memberi motivasi kepada diri sendiri saya buatkan jadual berikut: Khatam 1-Januari 2020-16/5/2020Khatam 2- 17/5/2020- 27/6/2020Khatam 3 – 30/6/2020-26/7/2020Khatam 4 – 27/7/2020-28/8/2020Khatam 5 – 01/09/2020-02/10/2020Khatam 6 – 03/10/2020- 27/10/2020Khatam 7 – 29/10/2020-01/12/2020Khatam 8 – 01/12/2020-30/12/2020Khatam 9- 31/12/2020- 30/01/2021 Khatam10-31/01/2021- 27/2/2021 Khatam 11- 28/2/2021- 4/4/2021 Khatam 12- 6/4/2021-sedang berjalan Untuk mencapai matlamat ini, perlu baca alquran setiap hari 1juzuk (20 muka surat). Biasanya, bacaan lebih lama semasa waktu sebelum subuh…
Read MoreAktiviti semasa musim Covid
Nampaknya masalah Covid-19 ini masih belum reda. Baru-baru ini MCO dikuatkuasakan dibeberapa negeri termasuk Selangor selain daripada Pengistiharan Darurat sehingga 1 Ogos. Semoga kita semua dijauhi daripada dijangkiti Covid-19. Musim Covid ini memang banyak masa dihabiskan dirumah sekali sekala ke grocery berdekatan rumah. Sebagai pesara ,saya perlu mencari aktiviti yang boleh memenuhi masa lapang. Sebelum ini saya selalu mengambil gambar diluar kerana berminat dengan fotografi tetapi kini hanya membuat aktiviti dalam rumah sahaja. Terkini (semenjak Ogos 2020) saya belajar melukis melalui saluran YouTube dan telah menghasilkan beberapa karya lukisan. Boleh…
Read More