Bagaimana saya terjebak dengan “Aviation Photography”

Pada bulan Jun yang lepas tahun 2019 saya ada terbaca satu artikel dalam akhbar yang mengatakan pihak KLIA ada menyediakan satu tempat khas untuk peminat-peminat kapalterbang yang ingin meninjau kapalterbang mendarat dan berlepas. Tempat itu dinamakan Anjung Spotter. Terletak di Jalan Pekeliling KLIA sebelah Runway 32 Left (32L). Kebetulan pula pada masa itu saya mempunyai dua lensa zoom (sesuai untuk mengambil foto dari jarah yang jauh). Peluang itu saya tidak lepaskan, maka pada satu hari di bulan Julai 2019 saya cuba pergi ke tempat yang disediakan itu. Saya sampai lebih…

Read More

Kuala Tembeling dalam kenangan

Pada tahun 1967-1968 ayahanda saya dipindahkan ke SMK Kuala Tembeling, Jerantut dari SK Padang Tengku, Kuala Lipis. Kami sekeluarga tinggal di rumah guru Sek Men Keb Kuala Tembeling yang terletak di atas bukit. Bagaimanapun, saya dan adik kedua saya dihantar ke Kg Bahru, Jerantut tinggal bersama Aki (Wan Kadir Wan Ishak) dan Wan saya (Siti Hawa) kerana kami bersekolah rendah aliran inggeris di Sekolah Rendah Jerantut. Setiap cuti sekolah dan kadang-kadang cuti hujung minggu baru kami balik ke rumah keluarga di Kuala Tembeling. Biasanya ayahanda akan ambil kami bila balik…

Read More

Kaki Bola

Pasukan Bola

Sewaktu saya tinggal di rumah guru dalam kawasan Sekolah Menengah Padang Tengku, Kuala Lipis (1969-1974) saya memang suka bermain bolasepak di waktu petang. Boleh dikatakan setiap petang saya akan turun ke padang bola. Masa itu saya belajar di Sekolah Rendah Clifford dan Tingkatan 1 hingga 3 di SM Clifford, Kuala Lipis. Semasa di Darjah 6 (1971) dan di Ting 3 (1974), saya mewakili pasukan bola Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Clifford. Tempat saya selalu bermain bola ialah di padang bola belakang asrama puteri SM Padang Tengku dan di padang stesen keretapi. Selalu juga kami geng-geng…

Read More

Memohon Pensyarah Universiti

Effandi

Pada tahun 1986 saya balik dari luar negara iaitu USA selepas menamatkan pengajian diperingkat Sarjana Pendidikan Matematik. Oleh kerana saya dibawah Biasiswa Tindikan Pengajar MARA saya dikehendaki berkhidmat dengan MRSM selama 8 tahun seperti ikatan kontrak biasiswa. Bermula Mac 1987 saya berkhidmat di MRSM Taiping bersama isteri saya. Cita-cita saya sudah memang dari awal untuk berkhidmat dengan Universiti. Oleh kerana tidak mampu membayar balik kerana melanggar kontrak, saya lupakan dulu cita-cita saya itu. Selepas sampai tahun ke 8 di MRSM, saya mula mencari peluang untuk mula kembali menghidupkan cita-cita saya. Saya memohon…

Read More

Covid-19 Dalam Ingatan

Covid-19 telah melanda Malaysia sejak awal Februari 2020 lagi. Oleh itu kerajaan Malaysia telah mengenakan kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020. Orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah masing-masing kerana takutkan penyakit ini merebak dengan tidak terkawal. Pada peringkat permulaan hanya dibenarkan seorang dalam keluarga untuk membeli barang keperluan rumah. Memang berasa amat takut untuk keluar kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti penyakit ini. Saya sendiri hanya keluar rumah selepas tiga minggu duduk dirumah. Itupun hanya untuk membeli barang grocery untuk kerluan rumah di kedai yang berdekatan. Setiap kali keluar…

Read More

Dibesarkan dalam persekitaran sekolah

fandikecil

Saya dilahirkan pada 8 Mei 1959 di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Saya difahamkan nama saya Effandi itu adalah hasil pengaruh pembacaan buku-buku dari Indonesia oleh ayahanda saya pada ketika itu. Padang Tengku adalah dalam Daerah Kuala Lipis, Pahang dan terletak dalam jarak 20 km dari Bandar Kuala Lipis. Untuk sampai ke Bandar Lipis boleh menaiki keretapi ataupun melalui jalan darat. Boleh juga melalui sungai tetapi jarang digunakan. Sejak dari kecil lagi saya dibesarkan dalam persekitaran/kawasan sekolah, iaitu tinggal dalam rumah guru. Kedua-dua ayahanda dan ibunda saya adalah guru. Semasa…

Read More

Membina Laman Web dgn Nama Domain Pilihan Sendiri (Bhgn 1)

Hiasan

Ramai yang berminat untuk membina laman web dengan nama domain pilihan sendiri (contoh: www. dreffandi.my, www.effandi.my). Disini saya menerangkan proses membina laman web ini melalui pengalaman saya sendiri. Langkah yang pertama adalah mencari penyedia Web Hosting (seperti Iwhost.com). Harga pakej webhosting ini bermula serendah dari RM 80 untuk setahun. Seterusnya, selepas kita sudah memilih penyedia webhosting bolehlah mencari nama domain pilihan sendiri di enjin pencari nama domain. Kita boleh taipkan apa saja nama domain atau kata kunci yang dikehendaki dan akan diberitahu sama ada nama domain tersebut masih ada ataupun…

Read More

Mengapa perlunya dry cabinet/box (Kabinet kotak kering).

Jika kita ingin menyimpan peralatan kamera supaya lebih tahan lama, maka perlulah kita melabur sedikit dengan membeli dry cabinet/box. Dry cabinet dapat mengelakkan lensa kamera daripada ditumbuhi kulat (fungus). Kulat akan tumbuh jika kawasan persekitaran adalah lembab. Kebiasaan kita menyimpan kamera dalam beg atau almari atau dalam laci dalam jangka waktu yang lama. Tempat sebegini yang gelap dan lembab akan membantu kulat tumbuh dengan cepat. Seperti yang kita ketahui apabila kulat sudah mula kelihatan pada lensa, amat susah sekali untuk membersihkan atau menghilangkan kulat itu. Mungkin kita perlu hantar kepada pakar…

Read More

Pertama kali di “CPR”

Saya ada temujanji dengan IJN untuk dibuat CT scan pada 11 Nov 2019. Saya sampai dalam 10.00 pagi dan terus ke kaunter pendaftaran. Saya menunggu agak lama untuk prosedur CT scan. Dalam pukul 2 ptg baru dibenarkan masuk. Seperti biasa saya dikehendaki berbaring, kemudiannya dicucuk cecair ke dalam badan. Selepas prosedur CT scan, saya bangun dan berjalan kearah pintu. Tengah berjalan hendak keluar bilik tiba-tiba saya jatuh pengsan. Itulah pertama kali “di CPR” menyakitkan dada masih terasa dua tiga hari selepas itu. Jarang berlaku tapi itu yg terjadi. Kod blue…

Read More

Antara aspek utama yang harus diberi perhatian dalam kajian kuantitatif

Hutkemri

Antara aspek utama yang harus diberi perhatian dalam kajian kuantitatif : Pengenalan-penulisan umum tentang konteks kajian yang dipilih. Berikan sedikit latarbelakang dan situasi tentang aspek yang ingin dikaji. Aspek pernyataan masalah-Apakah isu dan masalah yang wujud masakini yang anda ingin utarakan? Perlu selari dengan objektif/persoalan kajian anda. Apakah jurang daripada kajian lepas yang ada? Apakah kerangka konseptual dan kerangka teori kajian anda? Perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah perlu diperjelaskan. Adakah objektif/persoalan kajian anda selari dengan isu dan masalah dalam pernyataan masalah? Definisi istilah  dan operasional kajian anda. Rujuk kepada literatur berkaitan bukannya…

Read More

Aplikasi Padlet

Saya telah menggunakan aplikasi padlet (http://www.padlet.com) semenjak tahun 2017. Tidak perlu lagi tugasan menggunakan kertas. Sangat sesuai untuk mendapat input segera daripada pelajar secara terus. Pelajar boleh menggunakan notebook, tablet, ipad atau mobile phone yang ada talian broadband atau wifi. Aplikasi ini juga boleh di install ke telefon android atau iphone, selain daripada menggunakan browser seperti Chrome. Apa yg ditaip pelajar akan terus keluar diskrin. Input pelajar boleh dibincangkan segera. Pelajar lain boleh melihat dan membaca apa yang rakan mereka tulis. Boleh simpan, cetak pdf atau share. Ianya bukan saja untuk…

Read More

TERAP KEMAHIRAN BERFIKIR MELALUI PENYOALAN

TERAP KEMAHIRAN BERFIKIR MELALUI PENYOALAN Peranan guru dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran amat penting bagi merangsang pelajar supaya mereka turut serta dalam proses pembelajaran. Salah satu cara guru boleh menerapkan kemahiran berfikir semasa mengajar ialah melalui penyoalan. Penyoalan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang boleh merangsang pemikiran pelajar. Melalui penyoalan ini, guru boleh mengesan kefahaman pelajar, menilai keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas dan meningkatkan pemikiran pelajar pada aras kognitif yang lebih tinggi.Bagaimanapun, penyoalan guru perlulah dirancang dengan teliti sebelum proses pengajaran berlaku. Penyoalan guru…

Read More

GURU PERLU MANFAATKAN PELUANG BELAJAR DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI

GURU PERLU MANFAATKAN PELUANG BELAJAR DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar siswazah dalam kalangan guru yang telah mendapat tawaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah di universiti-universiti tempatan baru-baru. Semangat untuk menimba ilmu dalam kalangan guru harus dipuji. Tetapi untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang, semangat sahaja tidak mencukupi jika tiada daya tahan dan usaha berterusan. Perlu konsisten dari segi komitmen dan banyak bersabar dalam mengharungi liku-liku dan halangan semasa pembelajaran.Oleh kerana telah bergelar pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah maka aspek-aspek penting dalam meningkatkan ilmu…

Read More

CABARAN GURU DALAM MENGHADAPI REVOLUSI INDUSTRI KE-4

CABARAN GURU DALAM MENGHADAPI REVOLUSI INDUSTRI KE-4 Seorang guru mempunyai amanah dan tanggung jawab yang berat bagi mendidik pelajarnya. Peranan guru perlu selari dengan perkembangan persekitaran pendidikan masa kini. Ini menuntut komitmen guru yang sanggup menghadapi sebarang perubahan dalam abad ke-21 ini. Tiada guru yang mahukan anak didiknya menjadi insan yang tidak berguna. Amanah yang diberikan kepada guru dalam mendidik pelajar perlu digalas dengan sebaik mungkin. Guru perlu teruskan tugas dan tanggung jawab sedia ada dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi. Peranan guru kini semakin mencabar, mulai sekarang guru…

Read More

THE ROLE OF TEACHER BELIEFS IN TEACHING MATHEMATICS

THE ROLE OF TEACHER BELIEFS IN TEACHING MATHEMATICS The notion that mathematics teachers’ beliefs toward mathematics teaching and learning influence their teaching practice has been suggested by many researchers. Studies have shown that teachers’ beliefs about mathematics teaching and learning are mostly formed during their own schooling and are developed as a result of their own experiences as mathematics students. Their conceptions about mathematics and how it should be taught are deeply rooted and are difficult to change. In order to understand how a teacher’s belief system can significantly influence…

Read More