Pengalaman Menjual Kereta di Carsome Bangi

Bab jual kereta ini saya sudah banyak pengalaman, drp menjual sendiri kereta sehinggalah trade in kereta. Pernah kena tipupun ada. Disini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya jual kereta Honda CRV saya yg telah saya pakai selama 9 tahun. Sudah habis bayar sejak 2019 lagi. Banyak berjasa kpd saya haha, ulang-alik kerja di UKM. Padahari Ahad 29/1/23, jam 10.30pg buat temujanji dengan Carsome Inspection Point Bangi. Bersedia menunggu seorang staf Carsome, menurutnya dia mengambil masa 40 min utk check kereta, bagaimanapun dalam 30 min semua selesai. Dia memberitahu harga yang…

Read More

Akhirnya, dijangkiti Corvid-19

Akhirnya kalah juga dengan Corvid-19. Pada 15 Mac 2022 ada mula tanda simpton batuk, sakit tekak, sedikit hidung berakhir dan rasa nak demam. Pada mulanya biarkan saja kerana batuk-batuk itu selalu juga terjadi tetapi bukan disebabkan Covid. Bagaimanapun, ada sedikit kelainan kerana sakit tekak, saya mengambil keputusan untuk membuat ujian kendiri Covid dengan mengunakan sampel air liur, ternyata positif. Kemudian test sekali lagi dengan menggunakan swab tekak pun keputusan sama, positif. Jadi ternyatalah memang dijangkiti Corvid, bagaimanapun tarikh ujian Corvid pada 17 Mac (Khamis) sakit tekak telah berkurangan, batuk masih…

Read More

Ringkasan proses mendapatkan segulung Phd : Pengalaman penulis

tphd

Disini saya ingin menjelaskan proses bagaimana seseorang itu mendapatkan ijazah PhD, daripada pengalaman penulis yang pernah menyelia pelajar PhD serta sebagai penilai luar universiti, tempatan dan luar negara. Pertamanya, pemilihan calon PhD harus melalui satu panel pakar bidang yang dilantik oleh Fakulti yang berkaitan dengan permohonan calon. Hanya calon yang layak sahaja dipilih berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana dan proposal awal calon tersebut. Adakalanya perlu di panggil untuk temubual oleh ahli panel. Penyelia Phd akan dilantik untuk calon tersebut. Setelah surat tawaran dikeluarkan maka bermulalah beliau sebagai seorang pelajar PhD. Pelajar…

Read More

Buku Terbit Sendiri-eBook

Self-Publishing ebook (Ini kalau nak terbit buku sendiri ya..)Saya ingin berkongsi pengalaman sedikit saya dalam self-publishing ini. Untuk menghasilkan ebook ini sebenarnya boleh gunakan https://canva.com sahaja, daripada design kulit hinggalah siap sebuah ebook. Teks kandungan boleh cut & paste drp msword atau pdf atau guna saja teks yg ada dlm canva. Kalau hendak kulit buku itu nampak 3D yg cantik boleh guna https://smartmockups.com, ada link dlm canva atau terus ke websitenya. Kalau baru mula boleh guna canva, ambil yang free sahaja dulu pun dah cukup. Tapi kena register dgn credit…

Read More

Covid-19 Omicron

digicert

Covid 19 masih belum reda dan kini ada versi Omicron pula. Walaupun saya telah lengkap dua dos vaccine covid 19, tetapi saya masih lagi mengelakkan diri berada ditempat awam terutama yang melibatkan majlis perkahwinan dan keramaian. Jika hendak makan apa yang kita ingini boleh saja mengunakan Grab atau Foodpanda, ini juga menjimatkan masa dan tenaga. Jika merasa bosan boleh saja membuat kerja dirumah seperti melukis, melusuri internet, update blog ,facebook, instagram dan juga berjumpa, berkumpul , melawat anak dan cucu.

Read More

Bermain dengan watercolor

Untuk memulakan hobi yang baru seperti melukis bukanlah sesuatu yang susah. Anda hanya memerlukan pewarna, berus dan kertas. Janganlah berangan hendak menghasilkan masterpiece kerana anda akan merana nanti. Lukislah dengan hati yang tenang dan bermain dengan warna. Anggaplah ini adalah satu hobi yang memenuhi masa lapang dan anda seronok dengannya. Jika tidak tahu untuk bermula, bukalah youtube dan lihat contoh-contoh melukis yang dipaparkan. Sebenarnya melukis adalah satu cara terapi untuk mengurangkan stres dan juga terapi minda. Cantik adalah subjektif, anda mungkin mengatakan bahawa anda tidak pandai melukis dan lukisan anda…

Read More

Apa yang saya belajar hari ini : Perkongsian kepada yang mempunyai blog WordPress.

Saya memang sudah lama mencari satu aplikasi/plugins yang membolehkan saya berkongsi artikel saya dari blog wordpress terus ke Facebook, Twitter, Pinterest atau Email. Pagi ini saya cuba google dan terjumpa satu aplikasi yang dinamakan Grow. Grow yang percuma ini adalah adalah satu plugins asas yang paling mudah untuk digunakan. Platform sosial media yang boleh digunakan antaranya facebook, twitter, pinterest, email dan linkedIn. Perkongsian ke media sosial menggunakan fungsi button. Bukan setakat kita saja yang boleh berkongsi dengan media sosial tetapi juga untuk sesiapa saja yang membaca artikel kita dan ingin…

Read More

Perisian yang saya gunakan supaya sentiasa produktif

Setiap orang mempunyai pilihan tersendiri dalam memilih perisian yang digunakan dalam notebook masing-masing. Bagi saya sendiri browser yang saya gunakan adalah Google Chrome. Saya sudah lama menggunakan browser ini yang saya rasa stabil dan sesuai dengan apa saja laman web yang dilayari. Saya juga menggunakan fungsi sync kerana saya menggunakan lebih daripada satu komputer dan juga iPad. Fungsi sync ini membolehkan saya mengakses laman web yang telah saya bookmark dimana-mana komputer saya guna. Oleh kerana saya juga mengedit foto, saya gunakan perisian percuma Photoscape X dan juga Fotor. Sebelum ini…

Read More

Perihal Jintan

Musim PKP ini selalulah juga ke pergi pasar untuk beli barang basah dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau setakat beli ayam, daging telor,ikan dan beberapa jenis sayur memang tiada masalah. Tetapi kadangkala orang rumah minta beli benda yang jarang saya beli memang masalah sedikit. Baru-ini dia pesan belikan jintan,saya beritahu orang rumah saya tak kenal jintan, kalau dirumah bolehlah sempat saya google sekurang-kurangnya tengok rupanya. Saya ambil satu paket dan tunjukkan kat kaunter ini jintan ke…dia kata bukan, itu lada hitam…mujurlah pada masa itu tiada orang di kaunter. Pekedai itu…

Read More

Gajet Kereta

Gajet yang perlu ada dalam bonet setiap kereta. Saya sudah pakai benda ini hampir 3 tahun. Ia bukan sahaja untuk jumpstart kereta yang bateri sudah kong tetapi boleh juga berfungsi sebagai pam tayar kereta atau motor. Telah digunakan dua kali untuk jumpstart kereta saya dan pagi tadi pam tayar kapcai saya yang tiada angin kerana tak digunakan lebih 4 bulan. Selain itu, boleh juga charge laptop dan mobile phone.

Read More

50 Perkara yang Anda Tidak Ingin Tahu Tentang Saya

1. Boleh bermain alat muzik seperti gitar, harmonica, accordian, keyboard, drum. Boleh bermaksud bermain sesuatu lagu menggunakan alat muzik sampai habis dgn cara tersendiri. (Tak pandai baca nota muzik…”play by ears”…hehehe)2. Suka bersukan olahraga dan bolasepak (pernah mewakili sekolah) , tenis dan berbasikal.3.  Segera menarik diri jika whaspp/telegram group rakan sekolah, rakan universiti bincang pasal politik, terutama yg memfitnah.4. Tidak suka membeli nasi lemak yang tiada ikan bilis,… sotong, dan rendang itu lauk tambahan. 5. Meluat kepada pemimpin yang hipokrit.6. Suka makan dodol, durian dan ikan patin tempoyak.7. Pernah menyertai badan uniform…

Read More