Dibesarkan dalam persekitaran sekolah

fandikecil

Saya dilahirkan pada 8 Mei 1959 di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Saya difahamkan nama saya Effandi itu adalah hasil pengaruh pembacaan buku-buku dari Indonesia oleh ayahanda saya pada ketika itu. Padang Tengku adalah dalam Daerah Kuala Lipis, Pahang dan terletak dalam jarak 20 km dari Bandar Kuala Lipis. Untuk sampai ke Bandar Lipis boleh menaiki keretapi ataupun melalui jalan darat. Boleh juga melalui sungai tetapi jarang digunakan. Sejak dari kecil lagi saya dibesarkan dalam persekitaran/kawasan sekolah, iaitu tinggal dalam rumah guru. Kedua-dua ayahanda dan ibunda saya adalah guru. Semasa…

Read More

KENANGAN SEMASA MEMBUAT Sarjana Muda Matematik & Sarjana Pendidikan Matematik di USA (1983-1986)

Selepas tamat pengajian Ijazah Sarjanamuda dalam bidang matematik pada tahun 1984 (tamat Ijazah Sarjana Muda dalam tempuh dua tahun sahaja kerana dapat transfer credit daripada ITM) di Indiana State University saya balik ke Malaysia untuk berkahwin. Isteri saya pada masa itu bertugas sebagai tenaga pengajar di Kolej MARA Seremban. Beliau balik dulu ke Malaysia selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Matematik . Selepas berkahwin saya balik semula ke US seorang diri untuk menghabiskan Sarjana Pendidikan saya. Bagaimanapun, selepas berada dua semester di US saya balik semula ke Malaysia untuk membawa kembali…

Read More

PERTAMA KALI MENJEJAK KAKI DI USA

Pada satu hari di bulan Disember 1982 kami dikehendaki berada di Subang Airport lebih awal kerana pegawai MARA perlu menyerahkan passport kepada kami. Kesemuanya, kami pada masa itu berjumlah seramai 36 orang menaiki pesawat MAS yang sama dan menuju ke tempat yang sama. Kebanyakan daripada kami masih belum mengenali antara satu lain, walaupun kami pernah bertemu pada sesi taklimat yang diadakan oleh pihak MARA. Rakan pertama yang saya kenal pada masa itu adalah saudara Sabri Ahmad lepasan diploma UTM (Beliau sudah bersara sekarang selepas menjadi pensyarah Professor Madya di Universiti…

Read More

Cita-cita untuk belajar di USA

Setelah tamat pengajian di ITM, Shah Alam pada tahun 1982, saya diterima masuk ke tahun pertama kursus Sarjanamuda Matematik di USM. Peluang ini saya tidak lepaskan dan saya mendaftar masuk ke USM pada bulan Julai 1982. Sebenarnya selepas tamat pengajian di ITM saya memang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di USA. Semasa ditahun akhir lagi di ITM saya sudah mula mengisi borang permohonan ke beberapa buah universiti di USA. Saya menulis surat ke beberapa buah Universiti di USA memohon borang kemasukan ke Universiti tersebut dan menghantar borang yang lengkap kembali kepada…

Read More