Disini saya ingin menjelaskan proses bagaimana seseorang itu mendapatkan ijazah PhD, daripada pengalaman penulis yang pernah menyelia pelajar PhD serta sebagai penilai luar universiti, tempatan dan luar negara. Pertamanya, pemilihan calon PhD harus melalui satu panel pakar bidang yang dilantik oleh Fakulti yang berkaitan dengan permohonan calon. Hanya calon yang layak sahaja dipilih berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana dan proposal awal calon tersebut. Adakalanya perlu di panggil untuk temubual oleh ahli panel. Penyelia Phd akan dilantik untuk calon tersebut. Setelah surat tawaran dikeluarkan maka bermulalah beliau sebagai seorang pelajar PhD. Pelajar…
Read MoreCategory: Penulisan Tesis
Antara aspek utama yang harus diberi perhatian dalam kajian kuantitatif
Antara aspek utama yang harus diberi perhatian dalam kajian kuantitatif : Pengenalan-penulisan umum tentang konteks kajian yang dipilih. Berikan sedikit latarbelakang dan situasi tentang aspek yang ingin dikaji. Aspek pernyataan masalah-Apakah isu dan masalah yang wujud masakini yang anda ingin utarakan? Perlu selari dengan objektif/persoalan kajian anda. Apakah jurang daripada kajian lepas yang ada? Apakah kerangka konseptual dan kerangka teori kajian anda? Perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah perlu diperjelaskan. Adakah objektif/persoalan kajian anda selari dengan isu dan masalah dalam pernyataan masalah? Definisi istilah dan operasional kajian anda. Rujuk kepada literatur berkaitan bukannya…
Read More