Bagaimana anda menyimpan foto digital anda?

kulitfotobook

Setiap orang mempunyai cara tersendiri menyimpan foto digital masing-masing. Bagi saya, saya menyediakan satu backup hard disk untuk menyimpan semua foto yang ada. Saya memberikan nama fail folder mengikut tahun yang diambil, diikuti dengan apakah peristiwa atau perkara yang berkait dengan gambar itu. Sebagai contoh : 2019_Cameroon Highland, dan 2020_Genting Highland. Jika perlu dalam folder utama ini boleh dipecahkan lagi kepada folder kecil yang lain. Sebagai contoh untuk folder 2019_Cameroon Highland tadi boleh dipecahkan lagi kepada folder kecil Tea Farm, Strawberry Farm, atau Taman Bunga. Tujuannya adalah apabila kita ingin…

Read More

Perisian untuk photo editing

Saya pasti ramai antara kita yang mengambil gambar samada melalui mobile phone atau kamera digital tidak puas hati dengan hasil gambar yang ambil. Sebenarnya boleh edit gambar-gambar tersebut melalui apps dalam mobile phone atau jika notebook/desktop boleh gunakan perisian seperti Photoshop, Lightroom, GIMP atau Photoscape dan banyak lagi perisian lain. Saya pernah gunakan Lightroom dan melanggan selama setahun dgn kos 10USD sebulan. Oleh kerana saya fikir saya bukan jurugambar pro, buat apa saya menghabis wang, jika ada alternatif yang lain. Saya buat editingpun hanya untuk buat touch up sana sini…

Read More

Untuk Apa Lensa Makro

Fotografi makro adalah seni membuat objek kecil kelihatan lebih besar. Ia dapat menjadikan objek kecil dapat dilihat dengan perincian yang luar biasa tidak mungkin dilakukan dengan mata kasar atau lensa biasa. Sekiranya anda pernah melihat gambar dengan perincian yang sangat detail sama ada gambar bunga, serangga, cincin perkahwinan  atau corak-corak yang rumit dan tertanya-tanya bagaimana foto itu diambil, jawapannya sudah tentu: dengan lensa makro. Gambar diambil  dari jarak sangat dekat. Sudah tentu lensa biasa (standard lens) tidak mempunyai keupayaan seperti lensa makro untuk objek yang detail. Lensa makro mempunyai kemampuan…

Read More

Bagaimana saya terjebak dengan “Aviation Photography”

Pada bulan Jun yang lepas tahun 2019 saya ada terbaca satu artikel dalam akhbar yang mengatakan pihak KLIA ada menyediakan satu tempat khas untuk peminat-peminat kapalterbang yang ingin meninjau kapalterbang mendarat dan berlepas. Tempat itu dinamakan Anjung Spotter. Terletak di Jalan Pekeliling KLIA sebelah Runway 32 Left (32L). Kebetulan pula pada masa itu saya mempunyai dua lensa zoom (sesuai untuk mengambil foto dari jarah yang jauh). Peluang itu saya tidak lepaskan, maka pada satu hari di bulan Julai 2019 saya cuba pergi ke tempat yang disediakan itu. Saya sampai lebih…

Read More

Mengapa perlunya dry cabinet/box (Kabinet kotak kering).

Jika kita ingin menyimpan peralatan kamera supaya lebih tahan lama, maka perlulah kita melabur sedikit dengan membeli dry cabinet/box. Dry cabinet dapat mengelakkan lensa kamera daripada ditumbuhi kulat (fungus). Kulat akan tumbuh jika kawasan persekitaran adalah lembab. Kebiasaan kita menyimpan kamera dalam beg atau almari atau dalam laci dalam jangka waktu yang lama. Tempat sebegini yang gelap dan lembab akan membantu kulat tumbuh dengan cepat. Seperti yang kita ketahui apabila kulat sudah mula kelihatan pada lensa, amat susah sekali untuk membersihkan atau menghilangkan kulat itu. Mungkin kita perlu hantar kepada pakar…

Read More