Bermain dengan watercolor

Untuk memulakan hobi yang baru seperti melukis bukanlah sesuatu yang susah. Anda hanya memerlukan pewarna, berus dan kertas. Janganlah berangan hendak menghasilkan masterpiece kerana anda akan merana nanti. Lukislah dengan hati yang tenang dan bermain dengan warna. Anggaplah ini adalah satu hobi yang memenuhi masa lapang dan anda seronok dengannya. Jika tidak tahu untuk bermula, bukalah youtube dan lihat contoh-contoh melukis yang dipaparkan. Sebenarnya melukis adalah satu cara terapi untuk mengurangkan stres dan juga terapi minda. Cantik adalah subjektif, anda mungkin mengatakan bahawa anda tidak pandai melukis dan lukisan anda…

Read More

Bagaimana anda menyimpan foto digital anda?

kulitfotobook

Setiap orang mempunyai cara tersendiri menyimpan foto digital masing-masing. Bagi saya, saya menyediakan satu backup hard disk untuk menyimpan semua foto yang ada. Saya memberikan nama fail folder mengikut tahun yang diambil, diikuti dengan apakah peristiwa atau perkara yang berkait dengan gambar itu. Sebagai contoh : 2019_Cameroon Highland, dan 2020_Genting Highland. Jika perlu dalam folder utama ini boleh dipecahkan lagi kepada folder kecil yang lain. Sebagai contoh untuk folder 2019_Cameroon Highland tadi boleh dipecahkan lagi kepada folder kecil Tea Farm, Strawberry Farm, atau Taman Bunga. Tujuannya adalah apabila kita ingin…

Read More

Apa yang saya belajar hari ini : Perkongsian kepada yang mempunyai blog WordPress.

Saya memang sudah lama mencari satu aplikasi/plugins yang membolehkan saya berkongsi artikel saya dari blog wordpress terus ke Facebook, Twitter, Pinterest atau Email. Pagi ini saya cuba google dan terjumpa satu aplikasi yang dinamakan Grow. Grow yang percuma ini adalah adalah satu plugins asas yang paling mudah untuk digunakan. Platform sosial media yang boleh digunakan antaranya facebook, twitter, pinterest, email dan linkedIn. Perkongsian ke media sosial menggunakan fungsi button. Bukan setakat kita saja yang boleh berkongsi dengan media sosial tetapi juga untuk sesiapa saja yang membaca artikel kita dan ingin…

Read More

Perisian yang saya gunakan supaya sentiasa produktif

Setiap orang mempunyai pilihan tersendiri dalam memilih perisian yang digunakan dalam notebook masing-masing. Bagi saya sendiri browser yang saya gunakan adalah Google Chrome. Saya sudah lama menggunakan browser ini yang saya rasa stabil dan sesuai dengan apa saja laman web yang dilayari. Saya juga menggunakan fungsi sync kerana saya menggunakan lebih daripada satu komputer dan juga iPad. Fungsi sync ini membolehkan saya mengakses laman web yang telah saya bookmark dimana-mana komputer saya guna. Oleh kerana saya juga mengedit foto, saya gunakan perisian percuma Photoscape X dan juga Fotor. Sebelum ini…

Read More

Perihal Jintan

Musim PKP ini selalulah juga ke pergi pasar untuk beli barang basah dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau setakat beli ayam, daging telor,ikan dan beberapa jenis sayur memang tiada masalah. Tetapi kadangkala orang rumah minta beli benda yang jarang saya beli memang masalah sedikit. Baru-ini dia pesan belikan jintan,saya beritahu orang rumah saya tak kenal jintan, kalau dirumah bolehlah sempat saya google sekurang-kurangnya tengok rupanya. Saya ambil satu paket dan tunjukkan kat kaunter ini jintan ke…dia kata bukan, itu lada hitam…mujurlah pada masa itu tiada orang di kaunter. Pekedai itu…

Read More

Gajet Kereta

Gajet yang perlu ada dalam bonet setiap kereta. Saya sudah pakai benda ini hampir 3 tahun. Ia bukan sahaja untuk jumpstart kereta yang bateri sudah kong tetapi boleh juga berfungsi sebagai pam tayar kereta atau motor. Telah digunakan dua kali untuk jumpstart kereta saya dan pagi tadi pam tayar kapcai saya yang tiada angin kerana tak digunakan lebih 4 bulan. Selain itu, boleh juga charge laptop dan mobile phone.

Read More

Perisian untuk photo editing

Saya pasti ramai antara kita yang mengambil gambar samada melalui mobile phone atau kamera digital tidak puas hati dengan hasil gambar yang ambil. Sebenarnya boleh edit gambar-gambar tersebut melalui apps dalam mobile phone atau jika notebook/desktop boleh gunakan perisian seperti Photoshop, Lightroom, GIMP atau Photoscape dan banyak lagi perisian lain. Saya pernah gunakan Lightroom dan melanggan selama setahun dgn kos 10USD sebulan. Oleh kerana saya fikir saya bukan jurugambar pro, buat apa saya menghabis wang, jika ada alternatif yang lain. Saya buat editingpun hanya untuk buat touch up sana sini…

Read More

50 Perkara yang Anda Tidak Ingin Tahu Tentang Saya

1. Boleh bermain alat muzik seperti gitar, harmonica, accordian, keyboard, drum. Boleh bermaksud bermain sesuatu lagu menggunakan alat muzik sampai habis dgn cara tersendiri. (Tak pandai baca nota muzik…”play by ears”…hehehe)2. Suka bersukan olahraga dan bolasepak (pernah mewakili sekolah) , tenis dan berbasikal.3.  Segera menarik diri jika whaspp/telegram group rakan sekolah, rakan universiti bincang pasal politik, terutama yg memfitnah.4. Tidak suka membeli nasi lemak yang tiada ikan bilis,… sotong, dan rendang itu lauk tambahan. 5. Meluat kepada pemimpin yang hipokrit.6. Suka makan dodol, durian dan ikan patin tempoyak.7. Pernah menyertai badan uniform…

Read More

Untuk Apa Lensa Makro

Fotografi makro adalah seni membuat objek kecil kelihatan lebih besar. Ia dapat menjadikan objek kecil dapat dilihat dengan perincian yang luar biasa tidak mungkin dilakukan dengan mata kasar atau lensa biasa. Sekiranya anda pernah melihat gambar dengan perincian yang sangat detail sama ada gambar bunga, serangga, cincin perkahwinan  atau corak-corak yang rumit dan tertanya-tanya bagaimana foto itu diambil, jawapannya sudah tentu: dengan lensa makro. Gambar diambil  dari jarak sangat dekat. Sudah tentu lensa biasa (standard lens) tidak mempunyai keupayaan seperti lensa makro untuk objek yang detail. Lensa makro mempunyai kemampuan…

Read More

Bagaimana saya terjebak dengan “Aviation Photography”

Pada bulan Jun yang lepas tahun 2019 saya ada terbaca satu artikel dalam akhbar yang mengatakan pihak KLIA ada menyediakan satu tempat khas untuk peminat-peminat kapalterbang yang ingin meninjau kapalterbang mendarat dan berlepas. Tempat itu dinamakan Anjung Spotter. Terletak di Jalan Pekeliling KLIA sebelah Runway 32 Left (32L). Kebetulan pula pada masa itu saya mempunyai dua lensa zoom (sesuai untuk mengambil foto dari jarah yang jauh). Peluang itu saya tidak lepaskan, maka pada satu hari di bulan Julai 2019 saya cuba pergi ke tempat yang disediakan itu. Saya sampai lebih…

Read More

Kuala Tembeling dalam kenangan

Pada tahun 1967-1968 ayahanda saya dipindahkan ke SMK Kuala Tembeling, Jerantut dari SK Padang Tengku, Kuala Lipis. Kami sekeluarga tinggal di rumah guru Sek Men Keb Kuala Tembeling yang terletak di atas bukit. Bagaimanapun, saya dan adik kedua saya dihantar ke Kg Bahru, Jerantut tinggal bersama Aki (Wan Kadir Wan Ishak) dan Wan saya (Siti Hawa) kerana kami bersekolah rendah aliran inggeris di Sekolah Rendah Jerantut. Setiap cuti sekolah dan kadang-kadang cuti hujung minggu baru kami balik ke rumah keluarga di Kuala Tembeling. Biasanya ayahanda akan ambil kami bila balik…

Read More

Kaki Bola

Pasukan Bola

Sewaktu saya tinggal di rumah guru dalam kawasan Sekolah Menengah Padang Tengku, Kuala Lipis (1969-1974) saya memang suka bermain bolasepak di waktu petang. Boleh dikatakan setiap petang saya akan turun ke padang bola. Masa itu saya belajar di Sekolah Rendah Clifford dan Tingkatan 1 hingga 3 di SM Clifford, Kuala Lipis. Semasa di Darjah 6 (1971) dan di Ting 3 (1974), saya mewakili pasukan bola Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Clifford. Tempat saya selalu bermain bola ialah di padang bola belakang asrama puteri SM Padang Tengku dan di padang stesen keretapi. Selalu juga kami geng-geng…

Read More

Memohon Pensyarah Universiti

Effandi

Pada tahun 1986 saya balik dari luar negara iaitu USA selepas menamatkan pengajian diperingkat Sarjana Pendidikan Matematik. Oleh kerana saya dibawah Biasiswa Tindikan Pengajar MARA saya dikehendaki berkhidmat dengan MRSM selama 8 tahun seperti ikatan kontrak biasiswa. Bermula Mac 1987 saya berkhidmat di MRSM Taiping bersama isteri saya. Cita-cita saya sudah memang dari awal untuk berkhidmat dengan Universiti. Oleh kerana tidak mampu membayar balik kerana melanggar kontrak, saya lupakan dulu cita-cita saya itu. Selepas sampai tahun ke 8 di MRSM, saya mula mencari peluang untuk mula kembali menghidupkan cita-cita saya. Saya memohon…

Read More

Covid-19 Dalam Ingatan

Covid-19 telah melanda Malaysia sejak awal Februari 2020 lagi. Oleh itu kerajaan Malaysia telah mengenakan kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020. Orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah masing-masing kerana takutkan penyakit ini merebak dengan tidak terkawal. Pada peringkat permulaan hanya dibenarkan seorang dalam keluarga untuk membeli barang keperluan rumah. Memang berasa amat takut untuk keluar kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti penyakit ini. Saya sendiri hanya keluar rumah selepas tiga minggu duduk dirumah. Itupun hanya untuk membeli barang grocery untuk kerluan rumah di kedai yang berdekatan. Setiap kali keluar…

Read More

Dibesarkan dalam persekitaran sekolah

fandikecil

Saya dilahirkan pada 8 Mei 1959 di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Saya difahamkan nama saya Effandi itu adalah hasil pengaruh pembacaan buku-buku dari Indonesia oleh ayahanda saya pada ketika itu. Padang Tengku adalah dalam Daerah Kuala Lipis, Pahang dan terletak dalam jarak 20 km dari Bandar Kuala Lipis. Untuk sampai ke Bandar Lipis boleh menaiki keretapi ataupun melalui jalan darat. Boleh juga melalui sungai tetapi jarang digunakan. Sejak dari kecil lagi saya dibesarkan dalam persekitaran/kawasan sekolah, iaitu tinggal dalam rumah guru. Kedua-dua ayahanda dan ibunda saya adalah guru. Semasa…

Read More