Bab jual kereta ini saya sudah banyak pengalaman, drp menjual sendiri kereta sehinggalah trade in kereta. Pernah kena tipupun ada. Disini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya jual kereta Honda CRV saya yg telah saya pakai selama 9 tahun. Sudah habis bayar sejak 2019 lagi. Banyak berjasa kpd saya haha, ulang-alik kerja di UKM. Padahari Ahad 29/1/23, jam 10.30pg buat temujanji dengan Carsome Inspection Point Bangi. Bersedia menunggu seorang staf Carsome, menurutnya dia mengambil masa 40 min utk check kereta, bagaimanapun dalam 30 min semua selesai. Dia memberitahu harga yang mereka boleh ambil kereta saya adalah RM45,000…bila bincang diberi harga baru boleh RM46,000. Sebelum itu pernah tanya used car hanya ambil RM43,000 shj. Memang jauh lagi drp target yg saya hendak sekurang- kurangnya RM50,000.
Beliau beri satu alternatif lagi iaitu masuk online bidding yg mereka kendalikan. Saya setuju dgn letak harga asas RM50,000. Malam Ahad itu masuk online bidding selama 1 jam setengah, masih lagi tiada pembeli. Paling menarik kita boleh lihat sendiri secara online bidding dilakukan. Esoknya 30/1 pkl 10 pagi, mula online bidding yg kedua, letak harga RM47,500 (syarat kena turun 5%). Dalam saat- saat akhir bidding,dealer mula bid sehinggalah harga terakhir RM51,400. Selepas sesi berakhir, Carsome telefon saya samada bersetuju dgn harga itu, saya setuju. Mereka ambil RM1000 drp jumlah, utk servis bidding ( oleh krn harga kereta melebihi RM50,000, bawah RM50,000 mereka ambil RM500). Jadi jumlah bersih yg saya dapat adalah RM50,400. Saya serah kereta pada hari Rabu ( 1 Feb) di Carsome Kajang. Pergi thumbprint dan sign dokumen berkaitan. Malamnya pkl 8.30 mlm duit masuk akaun. Semua selesai dalam masa 4 hari. Harap membantu.