Mendaki Gua Bama

Share my story!

Atas puncak Gua Bama, Kg Relong, Kuala Lipis

Selepas tamat peperiksaan MCE di Sekolah Sains Pahang saya memang selalu terlibat dengan aktiviti fixikal untuk memenuhi waktu lapang. Antara aktivitinya sdalah bermain bolasepak, mengayuh basikal , betmain badminton dan memanjat Gua Bama. Gua Bama terletak di kampung Relong dan memang nampak jelas dari jalanraya Kuala Lipis ke Padang Tengku. Ramai yang menjangkakan adalah mustahil memanjat Gua Bama jika berdasarkan pandangan mata kasar. Untuk sampai ke puncak gua perlu mendaki bukit yang curang, melalui celah-celah batu dan kadangkala herpegang kepada akar pokok untuk bergerak ke hadapan. Pengalaman ini memang tidak dapat dilupakan kerana pernah juga tergelincir tetapi dapat dibantu oleh rakan-rakan. Saat yang paling gembira adalah bila tiba dipuncaknya. Kita dapat melihat pemandangan yang infah disekelilingnya, kereta dijalanraya nampat seperti semut.

Share my story!

Related posts