Akhirnya, dijangkiti Corvid-19

Share my story!

Akhirnya kalah juga dengan Corvid-19. Pada 15 Mac 2022 ada mula tanda simpton batuk, sakit tekak, sedikit hidung berakhir dan rasa nak demam. Pada mulanya biarkan saja kerana batuk-batuk itu selalu juga terjadi tetapi bukan disebabkan Covid. Bagaimanapun, ada sedikit kelainan kerana sakit tekak, saya mengambil keputusan untuk membuat ujian kendiri Covid dengan mengunakan sampel air liur, ternyata positif. Kemudian test sekali lagi dengan menggunakan swab tekak pun keputusan sama, positif.

Keputusan positif

Jadi ternyatalah memang dijangkiti Corvid, bagaimanapun tarikh ujian Corvid pada 17 Mac (Khamis) sakit tekak telah berkurangan, batuk masih lagi ada dan selsema berterusan. Saya masukkan maklumat dalam MySejahtera dan perlu dikuarantin dirumah dan esoknya perlu ke Pusat CAC. Mereka mengatakan saya perlu ke Hospital kerana kurang Spo2 oxygen. Ambulan datang kerumah selepas waktu maghrib pada 18 Mac 2022 dan terus dihantar ke Hospital. Agaklama juga menunggu di ED sebelum masuk wad esokpaginya Sabtu 19 Mac 2022 pukul 8.30 pagi.

Hospital Wad Corvid

Dikatil wad saya dibekalkan portable oxygen, keadaan saya stabil hanya batuk sekali- sekala. Dalam wad memang ramai pesakit Corvid dan sebaris katil di hadapan saya, empat orang pesakit terlantar tidak boleh bangun diuruskan oleh nurse. Dalam wad yang sama di bahagian lain, pesakit Corvid yang memerlukan dialisis ditempatkan disitu. Ada pelbagai lapisan umur, tua dan muda dan yang paling muda selang dua buah dari katil saya dalam 30 an ada masalah lain selain drp Corvid iaitu masalah buah pinggang. Sebelah katil saya pula, beliau dijangkiti Corvid drp wad lain dan dimasukkan ke wad Corvid.

Saya diberi ubat untuk menguatkan paru-paru dan ubatan lain. Sampel darah juga diambil beberapa kali. Dalam wad saya stabil, spo2, bp semua Ok. Saya semua uruskan sendiri pergi tandas,dsbnya solat atas katil sahaja.

Menunggu keluar wad

Alhamdulillah pada hari Isnin 21 Mac saya dibenarkan keluar wad sambung kuarantin di rumah pula. Walaupun, hari Rabu 23 Mac hari kuarantin saya tamat, saya tidak mahu mengambil risiko dan saya kuarantin dirinya sehingga 27 Mac tidak mahu saya menjangkiti kepada ahli keluarga yang lain.

Share my story!

Related posts