Saya memang sudah lama mencari satu aplikasi/plugins yang membolehkan saya berkongsi artikel saya dari blog wordpress terus ke Facebook, Twitter, Pinterest atau Email. Pagi ini saya cuba google dan terjumpa satu aplikasi yang dinamakan Grow. Grow yang percuma ini adalah adalah satu plugins asas yang paling mudah untuk digunakan. Platform sosial media yang boleh digunakan antaranya facebook, twitter, pinterest, email dan linkedIn.

Perkongsian ke media sosial menggunakan fungsi button. Bukan setakat kita saja yang boleh berkongsi dengan media sosial tetapi juga untuk sesiapa saja yang membaca artikel kita dan ingin berkongsi artikel kita di media sosial yang dinyatakan.

Untuk install plugins ini, kita login dulu ke blog WordPress kita dan dibawah kolum Dashboard, scroll ke bawah dan cari Plugins.

Klik plugins dan akan muncul Installed Plugins. Klik Installed Plugins, dan type Grow dalam enjin pencari. Anda akan nampak Grow by Mediavine, klik dan install. Setelah install akan nampak tersenarai dibawah Dashboard.

Untuk setting butang media sosial klik Grow. Dalam setting kita boleh pilih bentuk butang, butang apa yang kita hendak paparkan dan dimana hendak paparkan samada dibawah Post atau di atas Post atau kedua-duanya sekali. Selamat Mencuba…
Dibawah ini adalah satu contoh paparan di Facebook setelah menekan butang Share.
