Perisian yang saya gunakan supaya sentiasa produktif

Share my story!

Setiap orang mempunyai pilihan tersendiri dalam memilih perisian yang digunakan dalam notebook masing-masing. Bagi saya sendiri browser yang saya gunakan adalah Google Chrome. Saya sudah lama menggunakan browser ini yang saya rasa stabil dan sesuai dengan apa saja laman web yang dilayari. Saya juga menggunakan fungsi sync kerana saya menggunakan lebih daripada satu komputer dan juga iPad. Fungsi sync ini membolehkan saya mengakses laman web yang telah saya bookmark dimana-mana komputer saya guna. Oleh kerana saya juga mengedit foto, saya gunakan perisian percuma Photoscape X dan juga Fotor. Sebelum ini saya gunakan Lightroom tetapi penggunaannya perlu dibayar setiap bulan. Saya telah menamatkan penggunaannya. Untuk memudahkan saya meletakkan watermark pada setiap foto, saya gunakan Photopolish. Untuk watermark ini boleh juga gunakan Photoscape melalui fungsi Batch, bagaimanapun Photopolish lebih mudah digunakan dan boleh letak watermark pada banyak foto sekaligus dengan sekelip mata.

Perisian Photoscape X


Bagi pdf file, saya gunakan Adobe Acrobat XI Standard. Perisian ini bukan sahaja boleh membaca fail pdf tetapi juga antaranya boleh buat editing, gabung fail, susun, tambah, buang muka surat.
Bagi penulisan, saya gunakan Microsoft Word tetapi sekarang jarang digunakan, saya lebih selesa menggunakan Notepad (Android) dan Notes dalam Ipad kerana idea-idea penulisan keluar secara spontan. Hasil penulisan ini juga saya boleh terus pindahkan ke blog saya atau tampal dalam Words.
Bagi menghasilkan video untuk Youtube dan Facebook saya gunakan Imovie. Perisian ini percuma untuk Macbook dan Ipad. Perisian ini amat mudah digunakan untuk menghasilkan video asas kerana mempunyai fungsi yang biasa kita gunakan untuk editing seperti cut & crop, masukkan lagu dan suara latar, masukkan video transition, serta ada pilihan template. Anda bagaimana?

Share my story!

Related posts