Saya pasti ramai antara kita yang mengambil gambar samada melalui mobile phone atau kamera digital tidak puas hati dengan hasil gambar yang ambil. Sebenarnya boleh edit gambar-gambar tersebut melalui apps dalam mobile phone atau jika notebook/desktop boleh gunakan perisian seperti Photoshop, Lightroom, GIMP atau Photoscape dan banyak lagi perisian lain. Saya pernah gunakan Lightroom dan melanggan selama setahun dgn kos 10USD sebulan. Oleh kerana saya fikir saya bukan jurugambar pro, buat apa saya menghabis wang, jika ada alternatif yang lain. Saya buat editingpun hanya untuk buat touch up sana sini bagi membuat foto lebih presentable. Saya ada mencuba beberapa perisian tetapi yang mudah bagi saya adalah Photoscape X. Jadi, saya guna Photoscape X ini untuk Macbook Air dan laptop Asus saya. Bagi saya fungsi yang ada setanding dengan perisian lain yang ada. Beberapa contoh foto yang telah diedit :
http://www.photoscape.org/ps/main/download.php