50 Perkara yang Anda Tidak Ingin Tahu Tentang Saya

Share my story!


1. Boleh bermain alat muzik seperti gitar, harmonica, accordian, keyboard, drum. Boleh bermaksud bermain sesuatu lagu menggunakan alat muzik sampai habis dgn cara tersendiri. (Tak pandai baca nota muzik…”play by ears”…hehehe)
2. Suka bersukan olahraga dan bolasepak (pernah mewakili sekolah) , tenis dan berbasikal.
3.  Segera menarik diri jika whaspp/telegram group rakan sekolah, rakan universiti bincang pasal politik, terutama yg memfitnah.
4. Tidak suka membeli nasi lemak yang tiada ikan bilis,… sotong, dan rendang itu lauk tambahan.

5. Meluat kepada pemimpin yang hipokrit.
6. Suka makan dodol, durian dan ikan patin tempoyak.
7. Pernah menyertai badan uniform dan dilatih sebagai pegawai kadet bomba dan mendapat Anugerah Kadet Terbaik (Teori) di Pusat Latihan Bomba, Kuala Kubu Bahru.
8. Minat fotografi semenjak zaman sekolah, ahli kelab fotografi sekolah dan pernah mencuci/memproses sendiri gambar hitam putih di Bilik Gelap. (Rasanya generasi Y dan Z tak tahu tentang Bilik Gelap)
9. Pernah menjadi guru matematik sementara disebuah sekolah menengah rendah selepas MCE. (Selalu dimain oleh anak murid kerana cikgu muda sangat)
10. Pernah meletak jawatan dari pekerjaan sebelum ini.(ikut darah muda)
11. Menyertai 21 kali kayuhan Funride basikal (kayuhan berjumlah lebih 2500km) bermula pada usia 54 tahun.
12. Mempunyai seorang isteri, 3 anak (semua sudah berkahwin dan berjaya dlm kerjaya masing-masing) dan  mempunyai 4 cucu.
13. Pernah bermain kumpulan kugiran di kampung (Band Pucuk Paku) dan di sekolah (Vulcan Second Generation) antaranya bermain lagu D’llyod, Bee Gees, Santana dan irama 60an.
14. Pernah hampir lemas di Air Terjun Chamang, Bentong semasa menyertai rombongan sekolah, diselamat rakan berbangsa cina.
15. Tidak merokok dan tidak suka orang merokok ditempat awam.
16. Projek terakhir saya bersama UKM sebelum bersara adalah Projek Kurikulum Sains dan Matematik di Timor-Leste yang diketuai oleh Prof Nizam.
17. Pernah mendapat gred A dalam permainan golf tetapi tak pernah main golf di tanah air sendiri.
18. Pernah menjalani “open heart surgery” tahun 2013 di IJN, repair salur darah aorta yang membengkak (Type A Aortic Dissection). Dibilik pembedahan hampir 4 jam. Pembedahan diketuai oleh DATO’ SERI DR. MOHD AZHARI YAKUB dan ahli pasukannya. Dimaklumkan pada masa itu jika aorta pecah boleh segera membawa maut.
19. Pernah naik kereta ayahanda bersama rakannya terpusing 360 darjah semasa hujan renyai di jalan Benta-Jerantut dekat Ulu Cheka. Alhamdulilah dengan izin Allah semua selamat.
20. Pernah kena demam denggi. (Siapa pernah kena denggi tahulah sakitnya macam mana).
21. Semasa sekolah bercita-cita hendak menjadi Doktor Perubatan dan pernah memohon beberapa universiti di India pada masa itu. Alhamdulillah cita-cita saya turun kepada seorang anak saya.
22. Mempunyai gitar cap Kapok pada umur 13 tahun, belajar sendiri melalui buku Guitar for Beginners.
23. Suka kepada rakan-rakan yang berfikiran terbuka dan suka melawak.
24. Memuatnaik video Youtube yang pertama pada 27 Oct 2012 didalam channel Effandi Zakaria.
25. Mendapat Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Matematik) pada umur 44. tahun.
26. Kelemahan saya adalah sangat susah untuk berkata “Tidak”. (Yang lain kawan boleh senaraikan sendiri.)
27. Penyanyi (tukang karang) utama pasukan penari Boria sekolah.
28. Memegang dan mengambil gambar pertama menggunakan filem kodak pada usia 12 tahun.
29. Menjadikan ayahanda dan bonda saya sebagai idola dalam kehidupan. (Kedua-duanya bekas guru)
30. Pernah terkeluar tulang siku dari soket kerana jatuh semasa bermain tenis di UKM.
31. Suka DIY baiki handphone rosak, pasang desktop sendiri, baiki notebook rosak, tukar hardisk, tukar ram, lampu rumah, paip dll.
32. Mempunyai lensa lengkap utk fotografi lensa zoom, makro, potrait, wide angle.
33. Boleh makan nasi simple sahaja nasi+kicap + telur goreng@ikan goreng.
34. Pernah tertidur dalam gerabak keretapi semasa balik sekolah setelah tiba di stesen Padang Tengku tapi mujur dikejutkan oleh rakan sekolah berbangsa Bengali. (Tingkatan 1 hingga 3 naik keretapi pergi sekolah)
35. Buku pertama yang saya tulis adalah pada tahun 2005. Dua tahun selepas PhD.
36. Pernah ditangkap oleh warden asrama kerana menyusup keluar bawah pagar sekolah untuk makan luar pada waktu malam dan dibawa menghadap Pengetua dan diberi amaran.
37. Balik ke Kuala Lipis dari Shah Alam semasa cuti semester dengan menaiki kapcai Suzuki 80cc berbekalkan minyak 2T.
38. Mempunyai ramai kawan-kawan sekolah, institusi dan universiti semasa menuntut dahulu yang masih berhubungan silaturahim sehingga sekarang. (banyak kisah menarik dengan mereka ini)
39. Pernah terjatuh pengsan selepas CT Scan dan dimasukkan ke Emergency. Brain scan semua OK.
40. Pernah dimaki bodoh oleh pegawai JPJ tetapi lulus dapat lesen D selepas 3 kali ujian. (Dapat lesen kereta selepas MCE)
41. Pernah mendaki Gua Bama, Kg Relong hingga ke puncak.
42. Pernah hampir tertinggal kapalterbang dari Fresno, California ke Terre Haute, Indiana kerana rakan yang hantar tersesat jalan. Engin kapalterbang sudah dihidupkan dan pintu kapaltetbang sudah ditutup. Buka kembali pintu kapalterbang selepas saya dibenarkan masuk. Kapal terbang jenis berkipas dan boleh muat penumpang lebih kurang 20 orang.
43. Pernah belajar di USM tetapi keluar selepas dua bulan kerana dapat tawaran biasiswa ke luar negara.
44. Tidak suka makanan yg terlalu pedas.
45. Pernah menyaksikan Aki saya (Wan Ishak Wan Abd Kadir, ayah kepada ibunda saya) jatuh semasa depan cermin dibilik tidor dan meninggal dunia. (Masa ini umur saya 8 tahun).
46. Pernah dua kali diserang pneumonia dan dimasukkan ke wad hospital HUKM.
47. Saya dan isteri pernah diberi tiket Business Class, Emirates Airline semasa melawat anak belajar di Universiti Alexandria, Egypt.
48. Pernah dua kali di tegur oleh remaja Amerika “Go back to China” semasa belajar di USA. Kami buat selamba sahaja. (Mereka ingat kami dari Negara China)
49. Tidak suka menonton drama dan movie dalam TV, lebih berminat kpd Sports, National Geographic channel.
50. Suka makan kuih dan biskut tradisional lepat, koci, kuih talam, semprit, tat nenas kuih siput dll.

*jangan serius sangat senarai ini hanya untuk suka-suka sahaja. Senarai ini boleh berubah mengikut kepentingan saya…hehehe

Share my story!

Related posts