Fotografi makro adalah seni membuat objek kecil kelihatan lebih besar. Ia dapat menjadikan objek kecil dapat dilihat dengan perincian yang luar biasa tidak mungkin dilakukan dengan mata kasar atau lensa biasa. Sekiranya anda pernah melihat gambar dengan perincian yang sangat detail sama ada gambar bunga, serangga, cincin perkahwinan atau corak-corak yang rumit dan tertanya-tanya bagaimana foto itu diambil, jawapannya sudah tentu: dengan lensa makro. Gambar diambil dari jarak sangat dekat.
Sudah tentu lensa biasa (standard lens) tidak mempunyai keupayaan seperti lensa makro untuk objek yang detail. Lensa makro mempunyai kemampuan untuk fokus dari infiniti hingga pembesaran 1: 1, yang bermaksud bahawa ukuran gambar dalam kehidupan nyata adalah ukuran yang sama dengan yang dihasilkan pada sensor. Sebagai contoh, lensa dengan nisbah 1: 2 dapat memprojeksikan gambar pada sensornya hingga setengah ukuran subjek manakala lensa dengan nisbah 5 : 1 dapat memprojeksikan gambar lima kali ukuran subjek. Lensa yang saya gunakan untuk mengambil gambar-gambar ini adalah Tokina 100mm f/2.8 AT-X PRO D Macro Lens.
