Bagaimana saya terjebak dengan “Aviation Photography”

Share my story!

Pada bulan Jun yang lepas tahun 2019 saya ada terbaca satu artikel dalam akhbar yang mengatakan pihak KLIA ada menyediakan satu tempat khas untuk peminat-peminat kapalterbang yang ingin meninjau kapalterbang mendarat dan berlepas. Tempat itu dinamakan Anjung Spotter. Terletak di Jalan Pekeliling KLIA sebelah Runway 32 Left (32L).

Kebetulan pula pada masa itu saya mempunyai dua lensa zoom (sesuai untuk mengambil foto dari jarah yang jauh). Peluang itu saya tidak lepaskan, maka pada satu hari di bulan Julai 2019 saya cuba pergi ke tempat yang disediakan itu. Saya sampai lebih kurang pukul 3 petang. Masa itu saya lihat sudah ada beberapa orang sedang membidik kamera masing-masing terhadap kapalterbang yang sedang berlepas. Saya mengambil tempat di anjung yang disediakan, memerhatikan dulu gelagat manusia disitu. Ada yang memgunakan kamera DSLR, dan ada juga yang mengunakan mobile phone sahaja. Nampak kegembiraan diwajah mereka. Saya sempat juga bertanya kepada rakan disebelah saya, adakah beliau memang sudah lama memceburi bidang aviation photography ini. Jawabnya pertama kali dia hadir kesitu, sebelum inipun tidak pernah ambil gambar kapalterbang. Dalam hati saya, samalah kita berdua. Saya mula keluarkan kamera saya dari dalam beg kamera yang memang siap terpasang lensa zoom Canon EF 70-200mm. Lensa ini memang sesuai kerana jarak anjung itu dari landasan kapalterbang tidaklah terlampau jauh. Saya ada juga terbaca sebelum ini dalam website aviation photography yang mengatakan perlu mempunyai sekurang-kurangnya lensa yang mempunyai focal length 200mm. Foto yang pertama yang saya ambil adalah foto kapalterbang Airbus A380 Malaysia Airline yang berlepas ke Jeddah. Memang teruja sekali dengan bunyinya yang mengegarkan.

Lensa zoom yang saya gunakan Canon EF 70-200mm F4L

Share my story!

Related posts

Leave a Comment