Covid-19 Dalam Ingatan

Share my story!

Covid-19 telah melanda Malaysia sejak awal Februari 2020 lagi. Oleh itu kerajaan Malaysia telah mengenakan kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020. Orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah masing-masing kerana takutkan penyakit ini merebak dengan tidak terkawal. Pada peringkat permulaan hanya dibenarkan seorang dalam keluarga untuk membeli barang keperluan rumah. Memang berasa amat takut untuk keluar kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti penyakit ini. Saya sendiri hanya keluar rumah selepas tiga minggu duduk dirumah. Itupun hanya untuk membeli barang grocery untuk kerluan rumah di kedai yang berdekatan. Setiap kali keluar mesti pakai mask dan bawa bersama juga botol sanitizer kecil untuk membersihkan tangan.

Jadinya sepanjang perintah kawalan kenalah pandai mencari aktiviti untuk memenuhi masa lapang. Setelah hampir sebulan duduk rumah, batuk-batuk saya masih belum hilang badan saya rasa kurang sihat. Untuk tidak mengambil sebarang risiko saya mengambil keputusan untuk pergi drive-thru Ujian Covid di Bangi. Selepas 24 jam, alhamdulillah keputusan negatif.

Video Test Covid-19 Drive Thru :

https://www.youtube.com/watch?v=R1GM3HJXZNU

Lebih tiga bulan saya tidak dapat berjumpa cucu-cucu saya yang tinggal di Seremban. Sepanjang perintah kawalan pergerakan banyak kali juga saya menggunakan khidmat foodpanda. Aktiviti menulis juga saya teruskan terutama mengemaskini ruang blog saya. Aktiviti luar memang tidak dapat dilakukan langsung terutama hobi fotografi saya. Alhamdulillah, dapat juga khatam quran sebanyak tiga kali. Dapat juga memantapkan ilmu tajwid melalui live facebook serta daripada Youtube. Lain-lain aktiviti sepanjang kuarantin : Membasuh dan menghidupkan enjin dua buah kereta didepan rumah, mengimbas foto-foto lama, membersihkan google photo yang tidak berkenan, membersihkan fail-fail gmail, dan mengemaskini weblog. Semasa coretan ini ditulis kawalan pergerakan masih dilaksanakan tetapi telah dilonggarkan. Semua kenderaan boleh bergerak antara negeri, kedai-kedai, shopping complex, pejabat, sekolah, universiti telah mula dibuka dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Share my story!

Related posts