Mujur Berkain Pelikat

Share my story!

Saya ditugaskan untuk mendapatkan data penyelidikan di beberapa buah sekolah di Kuantan pada tahun 2011. Saya menginap disebuah hotel di bandar Kuantan dan bilik hotel tersebut berada ditingkat 7. Saya sampai di Kuantan dari Bangi agak lewat sedikit iaitu lebih kurang pukul 6. 30 ptg. Check-in dan terus berehat dibilik. Oleh kerana masih kepenatan saya hanya order makan malam dari dalam bilik sahaja. Saya order makanan fish & chip, nasi goreng dan jus tembikai. Makanan kegemaran yang biasa di order bila di hotel. Selesai makan buat sedikit persiapan untuk tugasan esok ke sekolah untuk pungut data temubual dan soal-selidik. Oleh kerana terlalu mengantuk lebih kurang pukul 11.30 malam, saya padamkan lampu, hanya tinggalkan lampu tidur dan terus tidur. Saya terkejut dalam pukul 3.30 pagi kerana bunyi bising diluar bilik, mungkin ada tetamu hotel baru balik dari luar hotel. Saya ternampak bekas makanan yang saya makan tadi di hurungi semut dan saya mengambil keputusan untuk meletak hidangan makan tadi di luar bilik. Saya buka pintu bilik dan menjengok ke luar bilik untuk memastikan tiada orang yang lalu lalang. Saya angkat hidangan makanan tadi dan letak ditepi luar bilik. Tiba-tiba terdengar pintu bilik tertutup dengan sendiri. Alangkah terkejutnya saya pintu bilik tidak boleh dibuka dari luar. Saya mula panik kerana hanya berkain pelikat tanpa baju. Pukul 3. 30 pagi mana ada pak guard atau staf hotel datang round. Rasa sedih pun ada ,nak ketawa pun ada. Saya tiada pilihan dan nekad untuk turun ke kaunter lobi untuk maklumkan keadaan saya. Lif agak jauh sedikit dari bilik saya. Memang memalukan tetapi tiada pilihan. Saya berselisih dengan beberapa orang dalam perjalanan ke lobi, ada yang nampak terkejut dan ada yang tersenyum simpul. Saya tiba di kaunter lobi dan mereka bertanyakan masalah saya. Alhamdulillah ada seorang staff hotel lelaki naik bersama saya untuk bukakan kembali pintu bilik. Dia menyatakan inilah pertama kali berlaku sepanjang beliau bekerja disitu.

Gambar Hiasan drp Zaahara.com

Share my story!

Related posts