Buku Terbit Sendiri-eBook

Self-Publishing ebook (Ini kalau nak terbit buku sendiri ya..)Saya ingin berkongsi pengalaman sedikit saya dalam self-publishing ini. Untuk menghasilkan ebook ini sebenarnya boleh gunakan https://canva.com sahaja, daripada design kulit hinggalah siap sebuah ebook. Teks kandungan boleh cut & paste drp msword atau pdf atau guna saja teks yg ada dlm canva. Kalau hendak kulit buku itu nampak 3D yg cantik boleh guna https://smartmockups.com, ada link dlm canva atau terus ke websitenya. Kalau baru mula boleh guna canva, ambil yang free sahaja dulu pun dah cukup. Tapi kena register dgn credit…

Read More

Berehat di Hospital

alhamdulillah, saya sudah hari kelima di hospital serdang. Insyaallah dua tiga hari lagi discharge jika semua ok. Puncanya saya pengsan khamis malam dalam 7.30 mlm, kemudian anak telefon ambulan terus ke hospital Serdang. Alhamdulillah tiada kaitan dgn Vaksin Covid yg saya ambil sebelum itu.

Read More

Aktiviti Musim Covid (update 2)

Rutin harian lebih kurang sama sahaja. Setakat ini aktiviti mengkhatam alquran  berjalan seperti yang dirancang : (targetnya setiap bulan khatam alquran). Untuk memberi motivasi kepada diri sendiri saya buatkan jadual berikut: Khatam 1-Januari 2020-16/5/2020Khatam 2- 17/5/2020- 27/6/2020Khatam 3 – 30/6/2020-26/7/2020Khatam 4 –  27/7/2020-28/8/2020Khatam 5 – 01/09/2020-02/10/2020Khatam 6 – 03/10/2020- 27/10/2020Khatam 7 – 29/10/2020-01/12/2020Khatam 8 – 01/12/2020-30/12/2020Khatam 9- 31/12/2020- 30/01/2021 Khatam10-31/01/2021- 27/2/2021 Khatam 11- 28/2/2021- 4/4/2021 Khatam 12- 6/4/2021-sedang berjalan Untuk mencapai matlamat ini, perlu baca alquran setiap hari 1juzuk (20 muka surat). Biasanya, bacaan lebih lama semasa waktu sebelum subuh…

Read More

Aktiviti semasa musim Covid

Nampaknya masalah Covid-19 ini masih belum reda. Baru-baru ini  MCO dikuatkuasakan dibeberapa negeri termasuk Selangor selain daripada Pengistiharan Darurat sehingga 1 Ogos. Semoga kita semua dijauhi daripada dijangkiti Covid-19. Musim Covid ini memang banyak masa dihabiskan dirumah sekali sekala ke grocery berdekatan rumah. Sebagai pesara ,saya perlu mencari aktiviti yang boleh memenuhi masa lapang. Sebelum ini saya selalu mengambil gambar diluar kerana berminat dengan fotografi tetapi kini hanya membuat aktiviti dalam rumah sahaja. Terkini (semenjak Ogos 2020) saya belajar melukis melalui saluran YouTube dan telah menghasilkan beberapa karya lukisan. Boleh…

Read More

Profil Akademik dan Kerjaya

Curriculum Vitae Dr Effandi Zakaria Pengalaman Akademik Doctor of Philosophy (Mathematics Education)-2003, Universiti Kebangsaan Malaysia Master of Education (Secondary Education/Mathematics) -1986, Indiana State University,Terre Haute, Indiana, USA Bachelor of Science (Mathematics)-1984, Indiana State University, Terre Haute, Indiana, USA Diploma in Science-1982, School of Applied Science, MARA Institute of Technology, Shah Alam, Selangor Kerjaya Ringkas Temporary Mathematics Teacher (1979)-Sekolah Menengah Kebangsaan, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang MRSM Mathematics Teacher (1987-1995),-Maktab Rendah Sains MARA Taiping Lecturer, UKM Matriculation (1996-1999),-Universiti Kebangsaan Malaysia Lecturer, Faculty of Education UKM (1999-8.5.2019)-Universiti Kebangsaan Malaysia (Retired from UKM…

Read More

Bermain dengan watercolor

Untuk memulakan hobi yang baru seperti melukis bukanlah sesuatu yang susah. Anda hanya memerlukan pewarna, berus dan kertas. Janganlah berangan hendak menghasilkan masterpiece kerana anda akan merana nanti. Lukislah dengan hati yang tenang dan bermain dengan warna. Anggaplah ini adalah satu hobi yang memenuhi masa lapang dan anda seronok dengannya. Jika tidak tahu untuk bermula, bukalah youtube dan lihat contoh-contoh melukis yang dipaparkan. Sebenarnya melukis adalah satu cara terapi untuk mengurangkan stres dan juga terapi minda. Cantik adalah subjektif, anda mungkin mengatakan bahawa anda tidak pandai melukis dan lukisan anda…

Read More

Bagaimana anda menyimpan foto digital anda?

kulitfotobook

Setiap orang mempunyai cara tersendiri menyimpan foto digital masing-masing. Bagi saya, saya menyediakan satu backup hard disk untuk menyimpan semua foto yang ada. Saya memberikan nama fail folder mengikut tahun yang diambil, diikuti dengan apakah peristiwa atau perkara yang berkait dengan gambar itu. Sebagai contoh : 2019_Cameroon Highland, dan 2020_Genting Highland. Jika perlu dalam folder utama ini boleh dipecahkan lagi kepada folder kecil yang lain. Sebagai contoh untuk folder 2019_Cameroon Highland tadi boleh dipecahkan lagi kepada folder kecil Tea Farm, Strawberry Farm, atau Taman Bunga. Tujuannya adalah apabila kita ingin…

Read More

Apa yang saya belajar hari ini : Perkongsian kepada yang mempunyai blog WordPress.

Saya memang sudah lama mencari satu aplikasi/plugins yang membolehkan saya berkongsi artikel saya dari blog wordpress terus ke Facebook, Twitter, Pinterest atau Email. Pagi ini saya cuba google dan terjumpa satu aplikasi yang dinamakan Grow. Grow yang percuma ini adalah adalah satu plugins asas yang paling mudah untuk digunakan. Platform sosial media yang boleh digunakan antaranya facebook, twitter, pinterest, email dan linkedIn. Perkongsian ke media sosial menggunakan fungsi button. Bukan setakat kita saja yang boleh berkongsi dengan media sosial tetapi juga untuk sesiapa saja yang membaca artikel kita dan ingin…

Read More

Perisian yang saya gunakan supaya sentiasa produktif

Setiap orang mempunyai pilihan tersendiri dalam memilih perisian yang digunakan dalam notebook masing-masing. Bagi saya sendiri browser yang saya gunakan adalah Google Chrome. Saya sudah lama menggunakan browser ini yang saya rasa stabil dan sesuai dengan apa saja laman web yang dilayari. Saya juga menggunakan fungsi sync kerana saya menggunakan lebih daripada satu komputer dan juga iPad. Fungsi sync ini membolehkan saya mengakses laman web yang telah saya bookmark dimana-mana komputer saya guna. Oleh kerana saya juga mengedit foto, saya gunakan perisian percuma Photoscape X dan juga Fotor. Sebelum ini…

Read More

Perihal Jintan

Musim PKP ini selalulah juga ke pergi pasar untuk beli barang basah dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau setakat beli ayam, daging telor,ikan dan beberapa jenis sayur memang tiada masalah. Tetapi kadangkala orang rumah minta beli benda yang jarang saya beli memang masalah sedikit. Baru-ini dia pesan belikan jintan,saya beritahu orang rumah saya tak kenal jintan, kalau dirumah bolehlah sempat saya google sekurang-kurangnya tengok rupanya. Saya ambil satu paket dan tunjukkan kat kaunter ini jintan ke…dia kata bukan, itu lada hitam…mujurlah pada masa itu tiada orang di kaunter. Pekedai itu…

Read More

Gajet Kereta

Gajet yang perlu ada dalam bonet setiap kereta. Saya sudah pakai benda ini hampir 3 tahun. Ia bukan sahaja untuk jumpstart kereta yang bateri sudah kong tetapi boleh juga berfungsi sebagai pam tayar kereta atau motor. Telah digunakan dua kali untuk jumpstart kereta saya dan pagi tadi pam tayar kapcai saya yang tiada angin kerana tak digunakan lebih 4 bulan. Selain itu, boleh juga charge laptop dan mobile phone.

Read More

Perisian untuk photo editing

Saya pasti ramai antara kita yang mengambil gambar samada melalui mobile phone atau kamera digital tidak puas hati dengan hasil gambar yang ambil. Sebenarnya boleh edit gambar-gambar tersebut melalui apps dalam mobile phone atau jika notebook/desktop boleh gunakan perisian seperti Photoshop, Lightroom, GIMP atau Photoscape dan banyak lagi perisian lain. Saya pernah gunakan Lightroom dan melanggan selama setahun dgn kos 10USD sebulan. Oleh kerana saya fikir saya bukan jurugambar pro, buat apa saya menghabis wang, jika ada alternatif yang lain. Saya buat editingpun hanya untuk buat touch up sana sini…

Read More

50 Perkara yang Anda Tidak Ingin Tahu Tentang Saya

1. Boleh bermain alat muzik seperti gitar, harmonica, accordian, keyboard, drum. Boleh bermaksud bermain sesuatu lagu menggunakan alat muzik sampai habis dgn cara tersendiri. (Tak pandai baca nota muzik…”play by ears”…hehehe)2. Suka bersukan olahraga dan bolasepak (pernah mewakili sekolah) , tenis dan berbasikal.3.  Segera menarik diri jika whaspp/telegram group rakan sekolah, rakan universiti bincang pasal politik, terutama yg memfitnah.4. Tidak suka membeli nasi lemak yang tiada ikan bilis,… sotong, dan rendang itu lauk tambahan. 5. Meluat kepada pemimpin yang hipokrit.6. Suka makan dodol, durian dan ikan patin tempoyak.7. Pernah menyertai badan uniform…

Read More

Untuk Apa Lensa Makro

Fotografi makro adalah seni membuat objek kecil kelihatan lebih besar. Ia dapat menjadikan objek kecil dapat dilihat dengan perincian yang luar biasa tidak mungkin dilakukan dengan mata kasar atau lensa biasa. Sekiranya anda pernah melihat gambar dengan perincian yang sangat detail sama ada gambar bunga, serangga, cincin perkahwinan  atau corak-corak yang rumit dan tertanya-tanya bagaimana foto itu diambil, jawapannya sudah tentu: dengan lensa makro. Gambar diambil  dari jarak sangat dekat. Sudah tentu lensa biasa (standard lens) tidak mempunyai keupayaan seperti lensa makro untuk objek yang detail. Lensa makro mempunyai kemampuan…

Read More